
Oh! Budak dua orang ni rupanya. Ingatkan sapa tadi......
'Hah! Sini la...' aku sedikit mengengsot ke tepi. Mujur katil tu king size dan mereka pun masa tu masih kecil lagi. Mereka yang datang berbekalkan bantal dan kain selimut itu cepat merangkak naik ke katil siap berebut nak tidur bahagian tengah. Aku yang dikacau waktu tidur itu dah naik geram. 'Kalau semua yang nak tengah-tengah, sampai bila nak selesai kes ni?'
Dua beradik tu terus diam dan menutup selimut hingga ke kepala.
Tak sampai sepuluh minit kemudian...pintu bilik itu terkuak lagi. Hah! Siapa pulak lagi?
'Ma! Ngah nak tumpang tidur sini?'
Angah pun? Isy! Ni yang aku tak berapa nak gemar bercerita kisah seram ni. Untuk tidak menghampakan, aku menarik sebiji tilam bujang dan aku letakkan sebelah tepi. 'Angah dekat bawah la...kat atas tu dah ada Adik dengan Kakak.'
Tanpa berlengah...dia yang juga datang dengan sebiji bantal dan kain selimut, cepat mencampakkan bantalnya dan menarik selimut menutup muka.
Hurm! Baru rasa aman sikit.
Keesokan harinya, setelah anak-anak ke sekolah, aku naik ke tingkat atas untuk mengemaskan bilik mereka. Tingkap-tingkap semuanyanya ku buka dan aku turun kembali untuk mencuci pakaian pula. Oleh kerana suamiku tak ada...aku tak perlu nak berebut buat kerja. Tak payah nak masak sampai tiga empat macam lauk semua. Untuk anak-anak, ayam masak kicap atau kari ayam dan sayur pun dah bahagia.
Aku naik lagi untuk bersolat zohor. Ketika melintas ke bilik, aku rasa ada benda yang tak kena. Malam tadi ada sebungkus kacang Ngan Yin yang masih belum berusik. Sekarang tidak ada di tempatnya di atas meja di ruang TV. 'Oh! Budak-budak bawak pergi sekolah agaknya...apa la?' Aku bermonolog untuk menghindar rasa yang dah mula bersarang di minda.
Bukan apa...dulu masa arwah ayah masih ada, dia rajin bercerita kisah seram ni pada kami. Macam ni cerita ayah........



Huisy! Meremang pulak bulu roma mengingatkan. Tapi tak kan la dia datang siang-siang hari kot? Kalau 'hantu kepala hitam' pun tak kan dia nak mencuri makan aje? Aku cepat mengorak langkah ke bilik air untuk berwuduk, bagi halau sikit perasaan yang sudah mula memikir yang bukan-bukan. Kalau aku takut, anak-anak lagi la......

Waktu makan tengahari dengan anak-anak, aku bertanya. 'Kacang sebungkus yang atas meja dekat TV atas tu ada yang bawak pergi sekolah ke?'
Tiga beradik memandang ku. Aku pun pandang sorang-sorang antara mereka. Kemudian semuanya geleng kepala. Apahal dia orang ni? Macam main wayang bisu ala-ala Charlie Chaplin pulak. Aku pun angkat bahu bila tengok wajah masing-masing dah berkerut. 'Tanya je.' Jawabku malas nak beramah mesra. Malam karang sudah tentu masing-masing mengheret selimut dan bantal masuk ke bilik ku lagi.
~ bersambung ~
No comments:
Post a Comment