February 4, 2012

Ol' friends....

Hi peeps.....

My DIL. Hana Sofya & aunty Kakak ~ ready to the wedding......

Lama tak bersiaran kerana minda sedang diperah untuk menyiapkan tugasan. Baru-baru ni terjumpa
teman lama yang mengatakan beliau sering menjenguk ke sini dan membaca segala isi hati, maka ku
usahakan juga menatap blog ku di pagi hari Isnin ini untuk di isi dengan apa jua yang melintas di minda
ku saat ini.

First and foremost....aku dan anak-anak telah ke Taman Bukit Chedang di Seremban pada 28 Januari
2012 atas jemputan teman lama yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak sulongnya. Kak Nor,
ku kenali dia sejak mula pembabitanku di dalam kelompok Planters. Beliau merupakan isteri kepada
Allahyarham Tuan Haji Rozlan Halim seorang yang rajin mengambil tahu akan hal ehwal kebajikan ku
semasa ketiadaan suami. Al-Fatihah untuk beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama orang-orang yang beriman.

Kak Norizah ~ bertudung hitam aka emak pengantin/tuan rumah

Kiri sekali cikgu Masbah Alias. Gambar ehsan cikgu Norlela Razali, bertudung pink. Thanks Lela,
akak share kat sini untuk tatapan dan kenangan.

Sebut pasal kenangan...ku kenali cikgu Lela di Tennamaram Estate, Batang Berjuntai, Selangor
Darul Ehsan. Beliau merupakan jiran terdekat ku. Namun kami payah bersua muka kerana urusan
keluarga masing-masing.

Manakala di Kempas Devon Estate, Jasin Melaka....aku berjiran dengan cikgu Masbah pula.

InsyaAllah...kami akan bertemu lagi pada 5 Februari 2012 untuk undangan dari Pak Abdoel Ghaine
dan isterinya Puan Noor Aini Hashim pula. Hingga saat itu...semoga kami dipanjangkan usia dan
diberi kekuatan sihat tubuh badan.

Junie Octovian: Buat baik berpada-pada...bermusuh jangan sekali....agar hubungan silaturahim 
                        kekal abadi. Insya Allah.

1 comment:

  1. hihi... bersua kita di sini kak...
    in shaa Allah nt jika pjg umur kita berjiran di setia A.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...