February 10, 2012

Sentuhan Kasih ~ Bab 1

Bahagian 2 ~

            Najwa terus menolak pintu bilik pengurus.
         
            Bapa si kecil sedang bertelefon sambil mencatat sesuatu di atas planner yang tersedia di atas meja.
         
            Najwa berhenti di muka pintu memandang. Terpaku sejenak dia dengan apa yang sedang berlaku. Eh? Senangnya hati dia duduk dekat kerusi bos aku? Siap guna telefon opis lagi.
            "Encik!" Najwa bersuara menegur.
         
            Lelaki tadi mengangkat sebelah tangannya tanda tunggu atau diam. "Yes boss, I will. Assalamualaikum." Dia kemudian mematikan talian dan memandang anaknya bertanya. "Dah?"

            Si kecil mengangguk. "Daddy! Adik laparlah..." katanya sambil meraba perut.

            "Ya lah...daddy pun lapar juga." Dia memandang Najwa dan bertanya. "Dekat pantry ada apa?"

            Ewah...ewah...ini sudah lebih! "Maaf encik, pantry tu untuk staff sini aje. Encik kalau nak breakfast, saya cadangkan kedai makan deret sini..." Tangan Najwa menunjuk mengarahkan tempatnya. "...Sinaran Pagi nama restoran tu, makanannya pun sedap-sedap."

            "Hah...jomlah!" Lelaki itu mengajak sama. Memang dari bilik hotel tempat dia menginap, dia masih belum sempat hendak bersarapan kerana terpaksa mengurus dan melayan anak yang tidak tahu di mana mahu ditinggalkan.

             "Saya tak boleh encik....tengah kerja ni. Hari ni saya kena tunggu bos baru. Kalau dia masuk cari saya karang, mati saya encik. Lagipun...." Najwa mengerling mencari kotak yang diletakkan di tepi meja tadi. Kosong? Eh? Kena curi ke? Matilah aku....

             "Saya dah tolong kemaskan...."

            Mata Najwa menyapu seluruh bilik itu melihat apa yang telah dilakukan oleh lelaki yang mengaku telah tolong mengemaskan barangan pengurus barunya.

            "...jangan takut. nanti kalau dia datang saya boleh beritahu," jawab lelaki itu yang perasan Najwa kelihatan cemas kerana kotak-kotak tadi telah kosong kesemuanya.

            "Tak apa encik, restoran tu deret ni aje. Encik tak kan sesat punya."

            "Jom sayang!" Dia mengajak anaknya yang masih berpimpin erat dengan Najwa.

            "Adik nak dengan 'mummy' ni daddy," beritahu si anak tidak mahu melepaskan tangan Najwa.

            "Hah...dia nak dengan awak," ujar lelaki itu santai. Tidak terkejut langsung dia bila si anak menyebut membahasakan mummy kepada Najwa.

            Si anak kemudian mencapai tangan daddynya dengan sebelah lagi tangan. Kini di kiri ada mummy dan di kanannya ada daddy.

            Najwa tidak tahu apa lagi yang mahu dia cakapkan. Si kecik anak encik ini tidak reti bahasa langsung. "Encik janji akan terangkan keadaan ini pada bos saya, kawan encik tu?"

            Lelaki itu mengangguk .

            Najwa urut dada. Kus semangat. Pagi-pagi lagi aku dah kena 'gotcha' dengan budak kecik.

            Lelaki tadi lalu membuka sutnya dan disangkutkan di belakang kerusi. Mereka kini menapak keluar dari bilik tersebut. Sampai di depan meja Tina, lelaki itu berhenti. "Kami nak keluar minum kejap....ada sesiapa cari, katakan di...." dia menoleh Najwa bertanyakan nama restoran yang disebut oleh Najwa tadi.

            "Sinaran Pagi," jawab Najwa pendek. Ini memang kes tak ada penyakit cari penyakit, hati kecil Najwa berkata.

           


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...