February 9, 2012

Sentuhan Kasih ~ Bab 1

sambungan.....

            "Wawa! Kita nak dapat bos baru ye?" Tanya Tina di meja penyambut tetamu.

            "Agaknya kut? Mana Tina tau?" Najwa pura-pura bertanya.

            "Tadi Pak Hussin, driver Tan Sri tu, hantar barang dua kotak besar ke dalam bilik pejabat tu. Bila Tina tanya dia cakap bos baru yang punya."

            "Dua kotak? Apa yang nak disimpan di sini?"

            Tina angkat bahu tanda tidak tahu. "Akak tengoklah sendiri, akak kan boleh masuk bilik dia?"

             "Nanti akak siasat, eh?" Najwa meletakkan telunjuk ke muncung sambil berjalan terjengkit-jengkit macam pencuri yang sedang menghendap.

             Tina yang memerhati kelakuan Najwa dari mula, pecah ketawanya pagi itu. "Apalah akak ni...bukan bos itu ada kat dalam. Dia belum datang lagilah kak," ujar Tina.

             Najwa terus masuk ke bilik pengurus untuk melihat sendiri bagaimana rupa kotak yang dimaksudkan. Mak ai!  Besarnya? Dia nak berumahtangga dalam bilik pejabat ni ke? Beg tangannya diletakkan di atas kerusi, tangannya cepat mencari pisau untuk membuka pita perekat yang membungkus kotak itu.

             Hurm....buku rupanya. Dia ni minat membaca agaknya. Sambil dia menggumam sendiri itu, tangannya ligat menarik keluar buku-buku dari dalam kotak. Buku apa ni? Chin Peng? Tiger Woods? Buku autobiography....dia teringin menjadi salah seorang dari mereka, barangkali. Najwa sama membelek.

             Seorang lelaki bersut hitam siap dengan tali leher masuk memimpin seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lebih kurang tiga tahun.

             Tina di kaunter penyambut tetamu cepat memanggil bila dilihatnya lelaki itu menonong masuk terus mengarah ke bilik pengurus. "Helo!....Encik!" Dia terus memanggil tetapi lelaki itu langsung tidak berpaling memandangnya. Anak kecil itu pula yang sempat melambai Tina. "Isy!! Dia ingat ni nursery ke? Tempat nak hantar anak?" Adoyai! Tina baru mahu bangun mengejar, dia sudah terdengar suara lelaki itu menegur Najwa yang berada di dalam bilik pengurus.

            "Awak!" Terdengar dia memanggil Najwa.

            Najwa yang sedang menyusun buku-buku itu berpaling bila mendengar suara yang menegur. Apabila matanya terpandang seorang lelaki dengan anak kecil, dia bertanya. "Encik nak cari siapa?"

            "Awak tolong bawak anak saya ni ke tandas. Dia nak buang air. Tak kan saya nak masuk tandas perempuan pulak?"

            Ei? Siapa dia ni? Enak-enak aje nak mengarah aku suruh bawak anaknya ke tandas. Ingat ni nursery ke? Eh! Mamat ni salah tempat agaknya. "Encik!" Najwa menunjukkan nama syarikat itu di dinding belakang tempat duduk Tina, si penyambut tetamu yang terbentang gah dengan nama MEGA BINA HOLDINGS. Dari cermin bilik pejabat itu dapat dilihat dengan nyata.

            Lelaki tadi sama memandang ke arah dinding yang ditunjuk oleh Najwa itu kini merenungnya. "Awak ingat saya tak tahu baca?" Katanya sombong.

            "Daddy, hurry up....adik dah tak tahan ni..." kata si anak sambil seakan membuat tap-dancing.

            "Cepatlah!" Jerit lelaki itu pula. "Nanti terbarai dekat sini, macam mana?"

            Tanpa banyak bicara, Najwa terus memimpin tangan si kecil untuk dibawa ke tandas. "Jom! Ikut auntie."
         
            Si kecil juga tanpa banyak songeh terus mengikut langkah perempan yang mengaku auntie itu. Namun matanya masih menoleh ke belakang memandang si ayah.

            Si ayah pula hanya menganggukkan kepala.

            Tina di kaunter menekap mulut menahan gelihati. Secretary cum baby-sitter.

            Najwa berlalu sambil memberikan jelingan maut. Gelaklah...nanti engkau!

            Lelaki tadi terus menarik kerusi. Beg tangan Najwa yang diletakkan di situ tadi dialihkan ke sofa. Dia menelek buku-buku yang siap disusun oleh Najwa tadi. Kemudian dia menarik lagi satu kotak dan membukanya. Kini gambar-gambar yang siap berbingkai itu pula disusun atur atas meja tulis dan ada yang diletakan dia atas almari kabinet. Lelaki itu kemudian keluar dan meyelitkan tag namanya di pintu bilik menggantikan nama pengurus lama.

            Najwa yang tidak pasal-pasal kena mengurus dan melayan anak Encik entah siapa, jadi seronok pulak melayan si anak yang membahasakan dirinya sebagai adik. Tidak berhenti mulutnya bercakap dan bertanya walaupun sedang buat bisnes. Pot pat pot pet macam burung murai.

            "Mummy, adik laparlah..." ucapnya petah elok selesai bisnesnya.

            "Mummy?" Tanya Najwa pelik. Budak ni salah emak agaknya. "Auntie." Najwa membaiki panggilan.

            "No! You are now my mummy," katanya lagi dengan penuh rasa yakin.

            Bolehlah pulak! Habis mummy kandung dia tu, dia nak simpan dekat mana?

            "Ajaklah daddy adik pergi breakfast. Auntie tengah kerjalah. Nanti bos auntie nampak auntie tak buat kerja, auntie kena marah." Najwa menerangkan sambil membetulkan gaun si kecil setelah keluar dari tandas tadi.

            "Bos mummy tu yang mana?"

            "Tak tahu lagi....dia baru nak masuk kerja hari ni."

            "Daddy cakap, daddy pun kena kerja di tempat baru. Nanti adik ikut mummylah kalau daddy pergi kerja."

            Eh? Budak bertuah ni...suka-suka dia pulak nak main tukar-tukar emak. "Where's your mummy?" Tanya Najwa berbahasa Inggeris kerana dia nampak anak itu sangat fasih berbahasa Inggeris.

            "At home, in US," jawab si kecil bijak.

            US? Ulu Selangor? Ulu Sedili? Budak ni buat lawaklah pulak. "Tell me where's your mummy, nanti auntie boleh tolong hantar balik." Kononnya lah kan?

            "Mummy tak ada..." jawabnya sambil mata melilau memandang kiri dan kanan. "Aik? Where's my daddy?"

            "Tunggu kat luar, kot?" Teka Najwa sambil memimpin si kecil berjalan menuju ke pintu utama. Sampai di meja Tina, Najwa bertanya. "Tina...mana ayah budak ni?"

            Tina memuncungkan bibirnya menala ke bilk pejabat yang kini sudah ditutup dengan blind.

            "Apa dia buat dalam tu? Kenapa tak suruh dia tunggu di luar ni aje? Eh! bahaya ni." Najwa kemudian berpusing menukar haluan. Anak kecil tadi masih dipimpin erat.

2 comments:

  1. Wah klu bos sehensem Lee Dong Wok bestnye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...staff dia mesti awal dah datang kerja kan? hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...