Nur Najwa menekan brek dan memasukan gear parking. Brek tangan diangkat sehabis mampu. Dalam seminggu ini dia merasa sangat penat kerana terpaksa mengambil alih tugas Pengurus Cawangan Mega Bina Holdings yang tiba-tiba menghantar surat perletakan jawatan dalam tempoh dua puluh empat jam. Dia dikatakan telah mendapat tawaran yang lebih lumayan lagi di syarikat lain.
Tan Sri Azizan yang empunya syarikat menelefonnya serta merta mengarah Nur Najwa untuk menguruskan cawangan itu sementara dia melantik pengurus yang baru. Kalau hendak diikutkan, bukan payah pun. Sudah hampir enam tahun dia bertugas sebagai setiausaha di Mega Bina Holdings itu, sedikit sebanyak dia sudah sangat faham untuk menguruskannya. Cuma Tan Sri tidak membenarkan dia membuat urusniaga tanpa bertanya atau mendapat kebenaran dari Tan Sri itu sendiri. Tan Sri Azizan pun sudah sangat percaya padanya.
Ketika dia melalui kaki lima untuk menuju ke bangunan pejabat Mega Bina, pemandu Tan Sri Azizan memanggilnya. "Puan Najwa!"
Najwa berpaling mencari suara yang sudah sebati di cuping telinganya. Apabila terpandang lelaki itu, dia berhenti dari melangkah. "Ada apa Pak Hussin?"
"Tadi bos baru ada kirim barang-barangnya. Dia pesan suruh puan tolong simpan dan kemaskan
da;am bilik pejabatnya."
"Bos baru?"
"Ha ah..."
"Kenapa dia tak datang kemas sendiri?"
Eh! Perempuan ni...berapa banyak tanya dah? Tadi bos dah pesan jangan beritahu sesiapa akan dirinya sebenar. Biar orang dalam pejabat tu tengok sendiri nanti. Mana aku boleh cakap? Dah janji. Tak pasal-pasal kena pecat nanti, siapa yang beri makan anak bini aku? Pak Hussin berfikir panjang.
"Puan, Pak Hussin ni hanya menjalankan perintah aje. Pak Hussin ni cuma supir....dia dah pesan jangan cakap lebih-lebih."
"Dah tu..." Najwa menoleh kiri dan kanan. "...mana dia barang tu?"
"Pak Hussin dah letak dalam bilik pejabatnya. Puan jangan lupa pulak tolong kemaskan ye? Kalau tidak masak saya kena marah."
"Dia datang ke tidak hari ni?"
"Tak tau puan."
"Ha...okeylah..." tiba-tiba Najwa teringat, "...Pak Hussin!" Dia memanggil bila melihat Pak Hussin sudah melintas ke sebelah sana jalan.
Pak Hussin menoleh.
"Siapa nama bos baru tu?"
Pak Hussin hanya angkat bahu.
Eleh! Itu pun nak rahsia.
No comments:
Post a Comment