Angah forward e-mail yang baharu diperolehinya kepada ku satu pagi. Aku yang sibuk memasak itu segera mencari teropong (reading glass). Orang lamalah katakan..
'Alhamdulillah!' ujar ku setelah membaca. 'Bila nak start puasa ni?' Aku berpaling memandang Adik.
'Kenapa tetiba tanya puasa pulak?' Adik menjawab.
'Ai? Dah nak puasa balik esok baru nak ganti?' aku tanya dia balik.
Cepat matanya mengerling ke kalendar yang sengaja aku gantung di tepi pintu bilik air bawah jam dinding. 'Isnin la start,' dia mencadangkan.
Bukan apa...aku nak buat Puasa Nazar atas kejayaan Angah, jadi tak secara langsung tu aku ajak Adik berpuasa sekali. Tak payah la esok nak masak siang kalau kami sama-sama berpuasa. Selamat dia setuju.
'Tak payah beli beg lagi...atas almari bilik mama tu dah sedia ada beg besar yang awak tak jadi pergi dulu,' aku bersuara menerusi henset memberitahu.
'Bilik mama mana?' tanyanya konfius.
'Pondok Indah la...kan papa dah belikan dulu masa tak jadi pergi Sydney?'
'Oh ye ke?'
'Tapi tengok la dulu...takut ditebuk Mickey aje...' jawab ku lagi.
"Alhamdulillah...memang rezeki beg ni nak ke Australia,' aku bermonolog ketika membawa beg besar itu turun dari atas almari bilik ku yang tersimpan sejak 2005 semasa dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian ijazahnya ke Universiti Wollongong di Sydney.
Tawaran kali ini adalah pengajian Ph.D in Electrical di Universiti Queensland, Brisbane. Urusan semuanya dilakukan menerusi e-mail kecuali pemeriksaan perubatan.
'I'd told you once, remember? Kalau dah terulis kita akan ke sana...satu hari nanti, kita pasti akan mendapatkannya walau bagaimana cara sekalipun.'
Angah senyum.
Sampai waktu yang ditunggu...2 Mei 2011 kami ke KLIA. Penerbangan ke Brisbane dijadualkan pada jam 9.40 pagi tanpa masalah dalam cuaca yang baik. Angah dan isterinya dijangka mendarat ke bumi Kanggaru itu selepas lapan jam penerbangan.
Junie Octovian: Semoga dipanjangkan usia untuk melihat Angah pulang membawa kejayaan....
No comments:
Post a Comment