May 24, 2011

Kita hanya merancang...

Seperti biasa rumah ku penuh dengan sedara mara dan anak cucu bila hujung minggu. Emak dah menanti Ngah yang janji nak bawak dia ke Tangkak. Sampai dah bertemu pagi Ahad, masih tak kunjung tiba.

'Ngah tak ada telefon ke?' tanya emak yang duduk menghadap TV tapi konsentrasinya bukan ke situ. Masa Ngah call cakap nanti hari Sabtu nak datang bawak emak ke Tangkak, emak asyik membilang hari. Baju yang nak dipakai pun siap digosok.

'Sibuk lagi la tu...kalau tak ada hal tentu dah sampai.' aku menjawab dari meja makan di mana aku menempatkan lap-top agar senang aku mencurah idea bila-bila idea itu singgah. Mungkin emak jemu tinggal denganku kerana sunyi. Aku memang tak berapa nak menghadap TV bila seharian duduk menulis.

Akhirnya Ngah datang juga dengan anak ketiganya bersama seorang cucu.

'Sakit tengkuk la...nak drive macam mana?' Ngah memberitahu. 'Khamis dah nak fly balik. Flight pagi.' Shasha dengan Haikal ikut balik, dia orang nak raya dekat sana.'


Raya lagi? Emak diam. Bermakna, raya ni sorang anaknya memang tak balik raya. Hari tu dengar cerita Dr. Ida, isteri Wan, mereka pun nak balik KK raya tahun ni. Kalau anak-anak Ngah semua dah cadang nak beraya di KK, tak kan Ngah nak beraya balik Kluang pulak?

'Kita tak berani nak janji apa-apa mak. Hari ni cakap macam-macam, esok lusa apa yang akan berlaku mana kita tahu? Kalau sihat nanti, insyaAllah, kita orang akan sampai.' Aku mengingatkan emak.

Emak angguk.

Kemudian aku duduk merenung jauh. Semasa tinggal di Pondok Indah dulu, aku perhatikan keluarga arwah atok di depan rumah tu, anak-anak cucu semua kerja kat dalam bandar Simpang Renggam tu aje. Rumah Kak Misah tu penuh dengan anak-anak bujangnya setiap hari, pagi petang siang malam. Yang untungnya bila sambut raya ni, semua ada. Tak payah nak tunggu anak situ anak sini. Ada tidak pun tunggu kehadiran sedara mara yang tinggal di luar kawasan aje la...meriah!

Raya tahun ni, wallahualam. Aku sendiri, tinggal dengan Adik dan Kakak. Kelmarin dah seronok raya satu family, kami dua kereta balik ke Kluang.

Nampak gayanya suasana hariraya memang berbeza sekali. Tapi apa ada hal? Semua tu atas kita, kalau kita boleh jadikan suasana tu meriah, dia akan jadi meriah mengikut kehendak kita.

Cuma mungkin kenangan lama itu akan menjelma saat tiba pagi hariraya.

Waktu masih hidup di bawah tanggungjawab emak dan ayah. Waktu hidup setelah berumahtangga dan pertama kali meraikan hariraya bersama suami dan anak-anak di rantauan.

Kini, sudah lapan belas tahun lamanya ayah meninggalkan kami dan lima tahun sudah suamiku pergi. Pusara mereka akan terus diziarah setiap pagi raya. Yang hidup akan meneruskan hidup ini dan yang pergi tidak akan pernah dilupai. InsyaAllah....

Bermakna, kami terpaksa menerima kenyataan dengan setiap perubahan. Semuanya sudah menjadi ketentuan Allah, kita manusia hanya mampu merancang.

Junie Octovian: Semoga semuanya berada di bawah lindungan Allah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...