May 16, 2011

Hoping 4 d' best...

Emak di depan TV sepanjang hari sejak pagi. Lepas Astro Ria, Astro Ceria dan TV3. Itu sahaja channel kegemaran emak sebelum si Kakak ambil alih waktu petang dan menukarnya ke channel 391.

Dia tinggalkan pun untuk solat, untuk makan tengahari dan berehat di biliknya bila Kakak dah mula dengan K-Pop.

Aku layan je la...kesian dia masa muda dulu tak ada Astro kan? Kebetulan bulan Mei ni banyak pulak drama yang menarik untuk ditonton, maka mak pun terpaku di sofa sambil mulutnya sama membebel tidak puas hati dengan watak-watak yang tidak disukainya.

Sempena sambutan Hari Guru, emak buka cerita lama.....

'Jude tu dulu, kalau bukan emak ni yang berkeras, tak mana dia hengennya. Dia lebih suka kerja dengan badan-badan yang beruniform tu.'

Aku sambil menggunting cili kering hanya menadah telinga.

'Hah! Sekarang ni siapa senang? Anak murid cuti, dia pun cuti. Mengajar tu belah pagi je...petang dah ada dekat umah. Panjang masa dengan anak-anak.'

Aku diam lagi. Emak ni tak boleh bangkang...dia cepat naik angin. Kalau boleh dia aje nak menang. Biar la... asal dia bahagia. Kita yang dah tau tu faham-faham sendiri sudah la. Bukan untung apa pun kalau nak bertekak dengan dia macam dalam Dewan Rakyat tu.

Kemudian aku terkenang masa aku mengarah Adik memilih jurusan Undang-undang yang bukan pilihan dia.

'Ni mama yang suruh eh?' dia mengugut aku pulak.

'Ye la...kan baik ambik Law? Kalau berlawan bertikam lidah dalam court tu, ada faedahnya. Dekat rumah ni mama cakap satu, dia jawab sampai sepuluh. Berdosa tau?'

Aku tak nampak apa course yang sesuai untuk dia selain dari Undang-undang. Untuk sem satu dan dua tu memang aku sama belajar dengan dia. Lama kelamaan aku dah nampak la dia minat dalam jurusan tu. Kini dia dah pandai memilih untuk menjadi Lawyer dalam bidang apa.

'Kalau nak galmour, pilih la jadi Peguam Syarie. Boleh urus kes cerai artis Malaysia ni,' aku beri cadangan. 'Tapi pada mama, kalau perempuan ni elok pilih jadi Peguam Hartanah aje. Senang...duduk dekat opis urus orang beli rumah. Tak payah nak masuk court. Kalau kena betul jalannya...income pun lebat. Cuma masa belajar ni la payah sikit....nak kena banyak membaca.'

Adik hanya mendengar. Ek eleh! Emak aku ni macam pandai aje gayanya? Mungkin begitu dalam hatinya berkata.

Tapi okey la jugak...kelmarin sibuk ke Kuching melawat Native Court. Kali ni bebudak FLW dengan lecturer mereka sedang dalam merangka lawatan 6 hari 5 malam ke New Delhi, Agra, Jaipur dan Kashmir pula.
Siapa yang untung sekarang?

Ibu mana yang hendak melihat anaknya susah? Kalau dia susah, kita pun mana boleh nak senang hati kan? Kalau berjaya tu, kita ni tumpang gembira aje. Ada la orang sebut...'anak sapa tu?'

Junie Octovian: Like mother like daughter...hehehe
                        P/S: Sorry Kak...pinjam gambar konvo awak jap...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...