May 15, 2011
Silaturahim...
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu kepada rakan pengunjung blog. Terima kasih kerana sudi menjenguk sebagaimana aku hari ini menerima kunjungan Ngah berserta dua orang rakan tablighnya yang dikatakan baru sampai dari Pulau Pinang.
Pontang panting aku ke bilik mencari pakaian yang menutup aurat. Kalau Ngah aje tak apalah....ni yang dibawanya tu gaya Mursyid dari kumpulan Imam Muda je...
Kemudian dengan sopannya aku ke dapur, menjengolkan kepala ke dalam peti ais meraba segala benda yang boleh dimasak untuk para tetamu yang datang.
Kebetulan emak pun ada sama di sini semenjak sama-sama menghantar cucuandanya ke KLIA dulu, maka Ngah tak payah la nak turun ke Kluang mencari. Ngah memang sering ke tanah Semenanjung ini kerana urusan kumpulan tablighnya di masjid Sri Petaling.
Alhamdulillah....
Dengan kesempatan itu menjadikan kami masih sering berjumpa selain berhubung bertanya khabar. Semoga tali silaturahim diantara kami adik beradik akan terus berpanjangan selagi hayat masih ada. Semenjak aku berhijrah tinggal di Setia Impian ini, anak-anak saudara pun sering datang berkunjung.
Kini dalam keluarga besar kami, ada engineer, ada doktor, ada lawyer dan latest addition ada yang berminat menceburkan diri dalam bidang culinary. Amin...semoga dilorongkan Allah ke jalan yang lurus.
Aku pula bercadang untuk membuka sebuah butik pakaian muslimah dengan segala aksesori yang diperlukan oleh wanita moden. Aku ada segala sumber menerusi Cheritastyle Collectionz, yang aku kira dapat membekalkan barangan yang diperlukan. Bisnes ini akan ku serahkan kepada Kakak kerana dia mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari UNISEL.
Kini Kakak sedang berusaha mengikuti program bahasa Korea yang sangat diminatinya. Manalah tau kalau dia boleh bawa bisnes itu hingga ke Korea pula?
Sebahagian diri merasa sangat bangga kerana anak-anak semua berjaya dalam meneruskan hidup mereka. Mereka tidak lagi dibelenggu dengan kepayahan hidup sebagaimana nenek moyang mereka dulu.
Emak di depan TV menonton Laksamana Do Re Mi. Ketika Do Re Mi menaiki tikar pandan terbang menyanyikan lagu Jepun, emak sama mengikut. Aku dan Adik berpandangan antara satu sama lain.
'Emak pandai nyanyi lagu Jepun?' tanyaku padanya.
'Ni lagu lama...masa Jepun masuk Malaya dulu kita orang kena paksa nyanyi lagu ni..' jawab Emak dan kemudian tanpa disuruh Emak pun bercerita kisah bagaimana dia sama merasai keadaan waktu itu.
Jauh di sudut hati, aku bersyukur dan berdoa agar anak cucuku terpelihara dari segala kesukaran hidup. Semoga mereka yang tinggal nanti akan sentiasa mengekalkan hubungan silaturahim. Aku mahu mereka mengenali antara satu sama lain. Aku mahu hubungan diantara mereka kekal erat...semoga hidup mereka berkat.
InsyaAllah...
Junie Octovian: Mohon diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menguruskan tanah peninggalan arwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment