May 29, 2011

Legasi Tan Sri P. Ramlee...

Salam to all....


Cerita pasal Tan Sri P. Ramlee ni, walaupun Allahyarham telah lama bersemadi, namun lakunannya
menerusi filem-filem yang ditinggalkan dan masih terus ditayangkan sehingga ke hari ini, mendapat
perhatian dari segenap golongan masyarakat tak kira tua atau muda.

Kalau difikirkan kembali, Allahyarham telah pun meninggalkan kita 
tiga puluh lapan tahun yang lalu. Peliknya....generasi yang lahir 
kemudian dari tarikh itu pun sangat meminati lakunan dan cerita-cerita
beliau. Kebanyakan dialog dari lakunan beliau juga menjadi ikutan 
sehingga kini. Ternyata beliau merupakan seniman serba boleh. 


Emak di depan TV, menonton berkali-kali filem beliau hampir setiap
hari. Dari Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Masam-masam manis, 
Nujum Pak Belalang, just to name a few la........

Emak masih tekun, masih mahu ketawa terkekek-kekek sendirian.
Aku di meja makan sambil menulis, hilang konsentrasi sekejap.
Akhirnya, aku terpaksa log-off kerja ku dan sama menekur
di depan TV.

Dari pemantauan ku yang sering meneman emak menonton itu, filem-filem Allahyarham banyak
menjurus ke arah angan-angan untuk menjadi cepat kaya. Seperti salah satu dari filemnya yang
bertajuk Ahmad Albab.

Cuba perhatikan jalan cerita tersebut, di mana si miskin yang bernama Syawal yang hanya bekerja
sebagai pengembala kambing, telah berkahwin dengan anak seorang kaya dan memperoleh harta 
kekayaan dari keluarga jin yang mendiami sebuah gua.


Begitu juga dengan kisah Nujum Pak Belalang. Si miskin yang hanya mengharap tulang empat kerat  
anak kecilnya bertemu kesenangan bila mengahwini puteri raja.


Nasib Labu Labi pun lebih kurang begitu juga apabila si Labu berjaya mengubati penyakit anak
majikannya Tuan Haji Bakhil dan mengahwininya. Betul kan?

Walaubagaimana pun, apa jua komen yang cuba diketengahkan buat masa ini, namanya terus meniti di bibir masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya. Tiada siapa yang dapat menandingi beliau. Seperti lagu beliau yang berjudul, Di mana Kan Ku Cari Ganti?


Beliau merupakan seorang Pengarah, Pelakun, Penyanyi, Pelawak, Penggubah Lagu dan mampu bermain segala alat muzik.


Diantaranya Piano...di dalam Antara Dua Darjat, Biola...di dalam Anakku Sazali dan Saxaphone...
di dalam Ibu Mertuaku. Hebatkan?


Nampak senang aje...
Aku yang menghantar anak-anak ke kelas muzik seminggu sekali itu, pernah juga sama belajar
menekan gigi piano tu, tak masuk langsung ke otak kepala yang dah tua ni. Mana nak membaca
bentuk kepala taugeh tu lagi. Akhirnya, aku mengalah....siapa yang minat tu teruskanlah.


Junie Octovian: Aku....main muzik kat dapur je la...dengan senduk kayu dan periuk serta
                        kuali dan sudipnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...