Assalamualaikum & morning to all.......
Someone from Belmont, New South Wales visited my blog yesterday. Thank you, whoever you are.
Kalau orang putih sana tu, aku tau dia hanya blog walking la... tapi kalau anak Malaysia yang berada di sana atas tugasan, aku respect gila kerana sudi menatap blog aku ni. Semoga anda tidak menjadi seperti kacang melupakan kulitnya.
Kadang-kadang bila kami sekeluarga duduk berkumpul, kami adalah berangan nak mempunyai hartanah di negara barat tu. Ada yang mencadangkan kami tinggal di negara barat, ubah angin pulak. Apatah lagi bila ke negara barat tu, nak dapat makan masakan Malaysia adalah terhad.
'Ma! Dekat sini payah dapat satay la,' cerita Angah setelah hampir sebulan dia di Brisbane.
'Hah! Nanti mama pergi sana buatkan satay...boleh bukak gerai waktu malam, berniaga terus untuk student dari Malaysia yang dah rindu masakan Malaysia tu.' Saja aku berkata begitu untuk menyenangkan hatinya. Mungkin dia teringatkan kucingnya si Toby yang gemarkan satay daging.
'Bukan susah pun, kita yang buat dia...' itu kata-kata kawan aku, Sharifah Hanim yang kini sudah pun berjaya menjadi seorang instructor senamrobik dengan Kementerian Kebudayaan. Wa caya sama lu la Nim!
Dulu masa anak kecik-kecik, aku sama numpang sekaki di rumahnya tiap-tiap pagi bersenamrobik. Lepas tu turun bukit nak balik rumah dah rupa Jailani Kengkang.
Oh ya...cakap pasal Hanim, anak keduanya si Johanna tu, akan melangsungkan perkahwinan pada 5Jun ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay. InsyaAllah, akan ku luangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut. Nak tengok Hanna yang kecil dulu ala-ala tomboy dengan Hanna sekarang ini.
Satu lagi kad jemputan datangnya dari Zaid Abdullah, yang tinggal di nombor 15 Jalan Anggerik, jiran semasa kecilku dulu. Nakal si Zaid tu....
Aku masih ingat suatu malam di bulan Ramadhan tahun entah bila berpuluh tahun dahulu. Aku yang perempuan ni beria-ia memasang pelita sekeliling rumah. Enak-enak dia curi bila malam? Aku siap bergaduh kejap dengan Zaid.
Satu petang pulak, kami bercadang bermain kuda kepang sementara menunggu waktu maghrib. Yang kecil-kecil jadi pagar, berdiri berkeliling kami yang masing-masing menggunakan batang ubi kayu untuk dijadikan pelana kuda.
Yang kecil-kecil tadi membunyikan irama lagu kuda kepang beramai-ramai. Kami yang menunggang batang ubi kayu tadi tu menari mengikut rentak. Mungkin kerana hari sudah menghampiri maghrib atau mungkin irama lagu kuda kepang itu ala-ala mak yong, lemah gemalai, meliuk lintuk pada asalnya....berubah kepada lebih ganas. Zaid dah menunggang menyerupai kuda sebenar, terlompat-lompat bagai kerasukan.
Kami semua pula beralih ke tepi memberi laluan untuknya. Namun, akhirnya semuanya bertempiaran lari bila dia menjadi lebih ganas sehingga terpaksa orang-orang dewasa termasuk bapanya sama cuba untuk mententeramkan dia. Apabila gagal, seorang ketua kompang selaku ketua pasukan kuda kepang di kampung itu terpaksa di panggil untuk memulihkannya.
Pergh! Wa caya sama lu la Zaid....
Tahniah kerana akan menerima menantu pada tanggal 19 Jun 2011 nanti.
Junie Octovian: Terima kasih kepada semua pengunjung blog. Pengunjung dari Jakarta Raya, Cairo al-
Qahirah, Miri, Sarawak dan Kota Kinabalu khasnya kerana kesudian anda menjenguk ke
blog ini. Semoga diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment