Assalamualaikum...
Entri hari ni bukan nak bercerita pasal restoran makanan segera Mc Donalds tu... tapi pasal orang dalam rumah ni yang sangat menyintai huruf besar 'M' tu.
Dulu tu suka sangat nak berjogging, melepak tepi tasik depan rumah sambil menghirup udara segar. Bila taman tu dah mula dipenuhi orang, kita orang pulak yang tarik diri. Kita buat aktiviti berbasikal pulak. Tak ada masa waktu siang, kita orang berbasikal waktu malam ... masa kereta dah tak keluar masuk lagi. Cuaca pun sejuk dan segar.
Kini, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri ... yang belajar nak pergi ke kelas, yang tak ada kelas pun menghadap lap-top/PC dari pagi sampai pagi balik. Jadi macam burung hantu, siang tidur malam berjaga. Hisy!
Aku yang membuka tingkap pagi tadi hanya memandang orang ramai yang dah mula keluar beriadah di tepi tasik depan rumah tu. Cuaca nampak redup dan sejuk, macam nak join ... tapi bila dah turun ke bawah, ada pulak kerja-kerja yang menanti. Maka niat untuk berjogging tu kena diabaikan untuk minggu ini. InsyaAllah, esok lusa pun boleh juga kan?
Tapi kalau ikut beberapa artikal yang aku baca, nak buat sesuatu ni tak boleh nak tunggu esok lusa ...
Kalau panjang umur kan?
Berbalik pasal Big M tu.....
Pagi ni aku tinggalkan emak menghadap TV dengan siaran ulangan drama 'Berpaling Dari Jannahmu'.
'Mana nak jumpa perempuan yang rajin macam tu? Satu dalam seribu...' bebel emak. 'Budak-budak sekarang ni, huruf 'M' dia besar betul. Sekarang ni, air api semua dalam rumah pun, kerja payah bersuruh.'
Tapi masa muda dulu aku pernah jadi sebahagian dari perempuan tu, tapi taklah obsessed sangat. Aku ni jenis yang tak pandai membebel. Oleh kerana aku memang tak suka keadaan rumah yang bersepah, anak-anak dari awal dah aku trained tak boleh itu, tak boleh ini. Jadi bila mereka membesar, mereka dah faham apa yang patut dan tak patut dibuat.
Kalau dibawa berjalan pun, aku biasa bekalkan dengan air minuman. Seorang sebotol ... jangan sampai rumah orang nanti sibuk-sibuk gaduh kehausan. Tak senang orang tua nak berbual ... dahlah pergi rumah orang, nak menyibukkan pulak.
Jangan marahlah ... aku dengan cara aku. Tak berkenan tu abaikan aje.
Nilai-nilai yang dipupuk sejak kecil tadi dibawa sehingga mereka hidup berdikari. Kalau ke rumah mereka, aku goyang kaki pula kerana anak-anak lelaki ku pandai melayan tetamu. Taklah sampai berdarah tekak nak menunggu dapat air secawan. Kata orang pun tetamu ni wajib dilayan selama tiga hari, lepas dari tu 'lu pikir la sendiri.'
Sekarang...
'Ma! Hana makan biskut bersepah dekat tangga!' Adik menjerit memberitahu kerana awal pagi aku dah siap vacuum dan mengemop rumah.
'Biarlah! Asal dia makan habis,' aku menyahut dari dapur.
Apa yang payah sangat? Karang dia tidur, kemas la balik. Bukan Aunty Adik tu yang buat pun selama ni...
Junie Octovian: Aku memerhati logo 'M' dari restoran Mc Donalds jauh di depan rumah, mengenang apa yang emak cakap selama ini. Mungkin dia ambil contoh dari situ, hatiku berkata.
No comments:
Post a Comment