Salam to all....................
Bukan nak complaint la....tapi saja nak share pengalaman dengan teman pengunjung blog aje...
Dulu tulis dalam diary...guna tulisan shorthand, last-last bila dah tak dipraktikkan lagi sejak
menjadi surirumah sepenuh masa ni, sebutir haram pun tak tahu. Tak hengat langsung!
Rugi...rugi dan rugi....
Puas sudah ku catitkan segala petua dan resepi yang class gitu, untuk diperturunkan kepada
anak-anak perempuan yang dua orang ini. Tapi....akhirnya, buku itu entah ke mana. Al-maklum
aku dan family ni bagaikan orang Nomad, asyik berpindah randah sahaja.
Bila aku belek-belek empunya blog yang mengisi blognya dengan pelbagai resepi, dari lauk-pauk,
kuih, bubur, kek & biskut hasil air tangan mereka tu, kekadang aku teringin juga.
Zaman aku rajin memasak dan mencuba segala bagai resepi tu, mana ada internet ke, facebook
atau blog yang dapat ku isikan dengan hasil air tanganku, kan?
Kisah ni terbongkar dan dijadikan entry pada hari ini kerana ada suara-suara yang mula bertanya,
'dah lama tak makan itu ye? ....dah lama tak makan ini.....'
Senang aje aku jawab, 'pergi la sebelah CIMB tu...beli aje. Bukan nak makan banyak mana pun.'
Emak pulak tetiba bercerita pasal kerepek ubi pedas. 'Kelmarin, selalu buat sendiri aje....boleh
letak ikan bilis goreng dan kacang tanah tu lebih sikit. Kalau teringin sekarang ni, beli kat Air Hitam
sana, dah tengik.'
'Ye la mak....mana nak cari ubi kayu sekarang ni? Tanah yang sekangkang kera pun asyik nak
ditanam dengan pokok-pokok bunga aje....' aku menyahut sambil bersila melipat kain baju yang baru diangkat dari jemuran.
Kalau dulu, memang tangan ni tak sempat nak kering....ada sahaja kerja yang menanti. Tak siapa
suruh pun, tapi nak memenuhi keinginan anak-anak. Nak keluar berbatu jauhnya.....
Bila keadaan mula berubah, makanan yang siap mudah didapati, aku jadi malas nak memasak.
Tapi bila ada tetamu, macam sekarang ni...ada emak, aku kenalah ke dapur kembali. Pagi nak goreng
nasi, aku dan emak tak suka nasi goreng.
'Roti cukup la...'emak beritahu.
Jadi...setiap pagi emak bersarapan roti je. Nak dibakar, dia cakap keras. Ada tidak pun aku celupkan
dengan telur...kesian pulak asyik makan roti dengan kaya. Emak pun dah tak makan makanan pedas,
tak tahan perut, katanya. Kalau dulu mesti nak lemak cili api, asam pedas atau kari. Sambal belacan,
ikan masin dan ulam-ulam mesti nak ada.
Mungkin dah berakhir zaman masak-masak ni. Kalau di Pasar Malam tu apa yang tak ada?
Emak bapak aje yang dia orang tak jual, teringat kata-kata arwah ayah dulu.
'Tapi, tu la......ada yang masak tu berasa....ada yang minat nak berniaga, tapi masak entah hapa-hapa, '
kata emak pulak.
No komen la...nak sedap kena buat sendiri. Nasib baik emak pun tak cerewet macam dulu. Bedal
aje apa yang aku masak. Kalau dia teringin itu dan ini pun buat juga....terutama pengat pisang atau
bubur pulut hitam.
Hisy...stop it! Asyik cerita pasal makanan aje pulak. Habis tu di luar sana... itu tak halal, yang ini tak
halal.
Junie Octovian: Nampak gayanya kena balik macam dulu....masak sendiri.
No comments:
Post a Comment