May 27, 2011
Thank God, It's Friday!
'Andak! Kita dah confirmedkan kenduri arwah pada 2 Julai nanti..' panggilan dari adikku Lela memberitahu.
'Oh ye ke?' aku menggaru kepala tak gatal kerana tak boleh nak janji dapat turun ke tidak pada tarikh yang telah ditetapkan itu. 'InsyaAllah...akan andak usahakan.'
Aku sampaikan berita pada emak.
'Emak dah cakap, masak-masak lepas tu hantar aje ke surau. Nak buat dekat rumah, mana nak dicampakkan kerusi meja semua?' Emak menarik sila ke atas sofa. Bila dia menyandar kakinya tak jejak ke lantai. Besar sofa tu...emak dah macam mengecil badannya.
Dulu...masa aku kecik, aku nampak emak tu besar betul. Tambah pulak dia tu garang orangnya.
Pergh! Aku nampak dia macam giant je. Semenjak dua menjak asyik nonton Sinetron tu,
dia dah terfollow cerita 'Cinta Melody'. Pot pat pot pet dia berleter depan TV marahkan pelakon
yang membawa karektor jahat tu. Aku dengar dari jauh je.
Kalau dekat rumah dia, tentu Eira, Eija atau Niena tu rajin melayan. Dekat sini tak berorang.
Tak kan dia nak bercakap dengan Toby, Kaka dan Ogy tu?
'Dua haribulan tujuh tu hari apa?' emak tidak puas hati, dia berpaling mencari kelibat ku yang
mundar mandir untuk bertanya.
Aku mencari kalendar yang digantung bawah jam tepi pintu menghala ke bilik air di dapur.
'Mei, Jun, Julai...' aku menyelak serentak dengan mulut mengomel mencari tarikh yang dimaksudkan.
'....hari Sabtu!' aku menjerit memberitahu dari arah dapur, sedikit berlagu.
'Tu la..orang dulu-dulu kalau nak buat kenduri, cari malam Jemahat....' suara emak tenggelam timbul.
Mungkin dia sedang bercakap sendiri. 'Jadual penuh la tu...semua dah rebut-rebut nak buat kenduri
sambut bulan puasa ni. Kalau rumah Mak Endon tu siap dirikan khemah. Sedara mara dia, punyalah ramai...tak payah jemput orang luar.'
Aku yang sedang memetik ekor taugeh hanya mendengar. Biarlah! Nak buat macam kenduri kahwin pun siapa yang nak halang kan? Duit dia, dia punya suka, hatiku berkata. Mana boleh nak bersuara pada
emak? Dia pun ada anak juga. Masalah emak, anak-anaknya tinggal jauh-jauh. Anak Mak Endon tu lain,
semuanya keliling pinggang je....
Emak tu pantang larangnya memang ikut orang dulu-dulu...tak boleh ini, tak boleh itu. Nak potong kuku
pun, tunggu hari Jumaat.
'Ada gilette?' emak bertanya lagi.
'Hah!' aku berkerut kening cuba mengerti kehendaknya.
'Tu...blade pisau cukur.' emak menerangkan. 'emak tak pandai guna penyepit ni. Memang biasa
dari dulu guna blade pisau cukur ayah engkau.'
Ooooo...baru aku mengerti. Gilette tu jenama pisau cukur dan blade tu rupanya 'razor blade' tu la...
cakap orang putih tu...
Kebetulan masa aku mengemas dapur, atas cooker hood tu ada hamba Allah yang menyimpan
razor blade di situ. Selamat aku tak terus buang. Ada kegunaan rupanya.
Emak beralih dari sofa ke depan pintu sliding mencari cahaya lebih terang.
Aku memerhati dari meja makan sambil memetik ekor taugeh tadi. Terang mata orang tua tu...
tak payah pakai specs, dia mampu memotong kuku dengan razor blade tadi. Memang emak tak
memakai cermin mata untuk membaca al-Quran dan Yasin. Mata dia lebih terang dari aku yang
muda tiga puluh tahun dari usianya.
Agaknya kerana pantang larang yang diikuti selama ini...mungkin la kan?
Lagi satu...anak-anak memang macam nak nyambut raya bila sebut hari Jumaat ni. Abang Long lagi la...
siap berbaju Melayu bersampin macam orang nak pergi menikah. Tu sebab dia banyak koleksi baju
Melayu.
Kebetulan pula, Sabtu dan Ahad tak bekerja kan? Memang macam raya la...
Junie Octovian: Mencari fadilat Jumaat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment