Salam to all..........
Lama sungguh aku tak beriadah di Western Park yang disediakan hanya
seberang jalan dari rumah.
Mungkin kerana cuaca yang panas dan hangat menyebabkan aku duduk berkurung
sahaja di dalam rumah.
Tapi petang ini cuacanya redup dan nyaman sekali.
Aku ambil kesempatan membawa Hana Sofya ke tepi tasik menghirup udara luar.
Tasik yang kelihatan tenang |
Mungkin hari bekerja, jadi tasik itu lengang sahaja.
Dalam kesibukan itu, aku sendiri tidak menyangka pembangunan sekeliling yang
sudah begitu cepat naiknya....berbanding dengan tiga tahun lalu semasa aku mula-mula
berhijrah ke kediaman ini.
pemandangan di tepi tasik |
Lampu isyarat di simpang empat depan rumah |
Gambar ini dirakam selepas waktu makan tengahari...jadi suasana sudah sedikit lengang. Ke arah kiri, anda boleh ke Jusco Bukit Rajah. Terus pula akan bertemu dengan Jalan Besar Meru/Kapar. Ke kanan, anda akan menemui Tesco Setia Alam. Well....mungkin hujung tahun atau awal tahun hadapan, kami di Setia Alam akan mempunyai tempat membeli belah sendiri yang diberi nama SETIA CITY MALL, InsyaAllah. Junie Octovian: Terima kasih khas ditujukan kepada En. Latif & isteri yang telah memperkenalkan kami kepada hartanah di sini. |
No comments:
Post a Comment