I thank you my visitor from Taipei, Tai-pei & Sydney, New South Wales for stopping by. Selamat
berhari minggu kepada pengunjung blog sekalian.
Aku tak ke mana-mana minggu ni menjaga kucingku yang patah kakinya dilibas oleh si pemotong
rumput pekerja SP Setia tu. Lagipun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku bercuti
beralih angin. Namun, aku harap....aku masih dapat mengisi N3 sepertimana biasa. Meng 'update'
blog dengan angin dari negara Kanggaru itu.
Teman-teman yang minta dibawakan ole-ole tu aku beritahu akan ku bawakan seekor kanggaru
masa pulang nanti untuk kita lapah sama-sama bikin rendang Hariraya Aidilfitri...wakaka.....
Dah lama tak bercuti since January last year tau? Kisah bercuti ni diungkit oleh dua orang anak
perempuanku. Aku bukan apa....nak bercuti tu memang sedap didengar... Bila sebut nak ke
Langkawi, bunyi macam dekat je...dalam Malaysia kan? Tapi nak drive ke jeti Kuala Kedah atau
ke jeti Kuala Perlis tu? Sampai situ dah satu hal...dengan beg lagi nak terkejar-kejar menaiki bot
menyeberang ke pulau tu satu hal... bila dah sampai nak mencari kenderaan untuk membawa kita
ke tempat penginapan lagi? Pergh! Betul adventurous punya kerja tu....
Kata nak bercuti kan?
Sampai ke destinasi....rasanya semua mencari bantal aje. Kalau macam tu baik kita bercuti di rumah
aje la...
Di jeti Star Cruise, Pulau Indah |
Kakak dan Adik berpaling lipat maut dengar idea yang ku keluarkan itu. "Cruise??" jawab mereka
serentak.
Kakak...atas kapal - deck 9 |
Day 2 - di Singapura |
Day 3 - di Phuket |
payah nak kejar-kejar cari transport segala bagai...." aku kerling mereka berdua. Nak ke tak nak?
Aku no hal...tak berabis duit.
Mereka buat muka pelik la memula tu kan? Lepas tu sesama pakat sudi menerima lamaran ku itu....
"Boleh la..."
Jalan-jalan di Phuket |
Day 5 - di Langkawi. Sampai waktu matahari terbit... |
Di jeti Star Cruise - Langkawi |
Show ID utk dpt diskaun naik cable car |
Maka kami telah menghubungi Star Cruise buat tempahan untuk tiga orang...perjalanan selama 6 hari
5 malam ke 3 destinasi. Singapura, Phuket dan Langkawi sebelum kembali semula ke Pulau Indah di Pelabuhan Kelang.
Farewell dinner sebelum kembali ke Pulau Indah |
JunieOctovian: Overall...percutian dengan kapal persiaran ini memang seronok dan kami
mendapat layanan first class gitu. Tak payah nak angkut beg ke hulu & ke hilir.
Boleh makan berapa banyak yang anda mahu di Deck 9.
At last.... the two girls really enjoyed themselves, sampai
rindu nak makan nasi lemak 4 breakfast. Hah! Ambek kau!
No comments:
Post a Comment