June 29, 2011

Here Comes July...

Salam to all...........

Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung Jun 2011. Betapa cepat masa meninggalkan aku yang
masih menekur di depan PC berfb atau mengisi blog yang kini dijadikan sebagai satu hobi mengisi
masa lapang atau menghadap komputer riba menulis idea untuk beberapa cerita yang sekarang ini
sekejap timbul dan selalunya tenggelam, entah mengapa.

Blog aku pun bukan macam blog Ben Ashaari yang ada pengikut yang ramai dan pengunjung 
yang tidak berhenti. Pengunjungnya pun bukan sesaja blog-walking...malah rajin nak meninggalkan 
foot-prints.

As for me....I have no idea as yet where this blog will go.....but I'm happy to just let it evolve.
Tangan tu gatal nak menekan papan kekunci....tu yang kekadang merapu dengan entah apa aje
yang terlintas di minda tua ku ini.

Pagi ini...alhamdulillah...Setia Alam dicurahi hujan yang sangat lebat sejak pagi dan sehingga kini 
pada hampir jam 11.00 pagi walaupun tidak lagi hujan, namun cuacanya mendung dan sejuk.

"Adoi ma...panasnya nak ke kelas hari ni..." komplen si Adik.

Memang panasnya membuatkan kita mengantuk. Semasa semester lepas...kelasnya semua bermula 
waktu awal pagi dan aku mengalami masalah kesesakan lalu lintas pula. Entah bila masalah kesesakan 
lalulintas ini akan berakhir agaknya. Atau tak akan pernah berakhir walaupun telah dilakukan 
pelbagai usaha menaikkan taraf jalan raya di kawasan-kawasan terbabit?

Nak elak sana...aku sangkut si sini pula. Macam semalam...aku ke DEMC bawak Hana..mujur
kami ke haluan bertentangan. Entah apa masalah kesesakan semalam tak sempat aku nak ambil tahu.
Aku kira dari Seri Hijauan kalau nak ke Subang tu dah rasa dekat sangat....tapi traffic jamnya....
masyaAllah. Sangkut sana...sangkut sini...kalau aku drive straight balik Johor pun dah sampai
agaknya.

Well...aku dah missed beberapa wedding invitation oleh sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. 
Sorry...I'll try to make it some other time. Even...untuk reunion dengan geng sekolah pun aku tak 
dapat join *sob sob*. Kenduri rumah emak pun tak dapat pergi. 'Lela...tolong makankan untuk
Andak, tau?' Harijadi Along on the 4th of July bertepatan wedding anniversary Firdaous Yousof & 
Natrah Hamim yang kedua tahun. Birthday Adik pun miss juga....

Infact....I'll be missing the whole month of July....in looking into a new place and new environment.
Hoping against hope...life will turn out great....

Junie Octovian: We cannot discover new ocean, unless we have the courage to lose sight of the shore.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...