Bersiaran kita di pagi minggu yang berbahagia ini dengan sambutan Hari Bapa kepada mereka-mereka
yang masih mempunyai bapa. Tak kira la menggunakan panggilan ayah ke, abah ke, papa ke, daddy
atau walid.
Adik beradik ku menggunakan panggilan AYAH.
Ayah ku seorang bapa yang penyayang. Tidak pernah menengking dan memarahi kami, apatah
lagi memukul bantai. Namun, sebagai ketua dalam keluarga, kami adik beradik tetap menghormatinya.
Anak-anak ku pula menggunakan panggilan PAPA.
Mungkin kami tinggal di estate kot? Lebih kepada bunyi masyarakat India yang memanggil 'appa'.
Entah la...tapi yang nyata panggilan tadi bermula dari anak pertama. Walhal, aku bahasakan ayah,
entah macam mana si anak tadi menukarnya sendiri mengikut sedap dan senang pada lidahnya,
barangkali. Maka, terciptalah panggilan itu seterusnya hingga ke adik-adik yang lain.
Allahyarham suamiku, seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. Sebelum dia bertukar profession,
dia adalah seorang Inspektor Polis. Dia bukan seorang yang peramah untuk aku bertanya itu dan ini.
Pertama kali aku tanya mengapa dia meninggalkan jawatan polisnya itu, dia hanya menjawab, 'I don't
like wearing uniform.'
Lepas tu, aku tak pernah tanya sehingga la hari dia menghembuskan nafas terakhirnya. The story
remained history. Tiada gambar kenangan pun yang ditinggalkan untuk kami melihatnya dalam
berpakaian penuh uniform. Entah kenapa.....
Walau demikian, anak-anak sangat mengasihi beliau seadanya. Mengenang beliau dengan cara mereka
sendiri. Abang Long sempat enjoying the last few months dengan beliau ke hulu dan ke hilir. Dia juga
yang kerap menziarahi papanya di Ladang Bukit Hijau, Kuala Ketil Kedah selepas tamat belajar.
Angah pula di Pondok Indah bersamanya membersihkan rumah, menebas, menyangkul dan sebagainya.
Sebab itulah, Pondok Indah itu dititipkan pada Angah kerana dia banyak menghabiskan masa bersama
papanya di situ.
Semasa hayatnya, kami sering meraikan Hari Bapa bersama. Kini, setelah ketiadaannya, beliau masih
dalam ingatan setiap kali sambutan Hari Bapa tetapi dalam majlis yang berbeza. Kami redha dengan
ketentuan Allah, kerana kami tahu DIA amat menyayanginya. Al-Fatihah buat beliau di Hari Bapa.
Aaamin!
Semoga rohnya dicucuri rahmat.... |
No comments:
Post a Comment