Salam to all........
Aku pos entri pepagi buta ni sebab dah tak dapat nak tidur selepas dapat selelap habis solat maghrib tadi.
Cepat aku bangun bila melihat jam di sisi katil tu menunjukkan pukul 22.23 pm. Mak ai!
Bila aku keluar dari bilik dan menjengah ke tingkat bawah, suasana dah sepi. si Adik dah masuk ke bilik
sebab esok ada kelas. Si Kakak, mundar mandir, keluar ke dalam mencari CD Boys Over Flower, entah
mana disimpan baru sekarang nak cari balik.
Aku jengah bilik emak, nampak dia dah nyenyak tidurnya. Aku kemaskan meja makan kerana aku tahu
emak pun biasanya lepas maghrib tu kalau kita tak siapkan makan malam cepat-cepat, dia akan tidur
dulu. Tapi nak kena kejut juga, sebab emak kalau tak makan malam nanti lemah lutut, katanya.
Tapi hari ni tadi, aku memang kena sakit kepala sebab semalam silap makan barangkali....entah apa
yang aku bedal sampai tak hengat dunia. Bila sakit tanggung sendiri la.....
Emak memang macam tu la sebenarnya....kalau dia dah boring dengan sesuatu tempat tu, dia mula
sakit sana sakit sini. Mula-mula datang tu dia terover-excited, tak cukup mulut nak bercerita. Kalau
dilayan memang sampai pagi.
Tapi di rumah ni siapa aje yang ada nak melayan dia? Bila dibukakkan TV, dia akan menekur sendirian.
Aku dengan kerja rumahku, ke atas ke bawah. ke luar ke dalam. Main lintas-lintas aje depan matanya.
Si Adik dengan urusannya, pergi pagi balik petang. Lepas tu naik ke bilik dan terus senyap. Si Kakak
pun lebih kurang begitu juga, keluar dari bilik dia bila dah bersiap nak ke kelas aje. Overall cerita, emak
ke'boring'an....
Tak samalah dengan suasana di rumahnya di Kluang sana. Anak cucu dia ramai...walau yang ke sekolah
sebelah pagi, masih ada yang menunggu untuk ke sekolah petang. Tak putus dan tak sunyi...riuh rendah...
ada yang terjerit mencari kasut sekolah, ada pula yang tak jumpa stokin dan ada yang terlupa menyimpan
talileher kat mana...macam-macam aje, itu cerita dari emak sendiri la.....
Mungkin dia rindukan suasana itu.
Cucunya, si Syafiq yang berjanji akan menghantarnya pulang pun belum timbul lagi. Dia dah resah
menanti. Lepas Uda called hari tu, baru aku dapat berita Syafiq sekarang ni sedang mengikuti program
luar kampus (Open University). Jadi aku sampaikan berita pada emak, nak bagi dia senang hati. Aku
tak berani nak janji kerana kereta yang satu tu asyik keluar masuk aje. Lepas Adik pakai pagi, Kakak pulak pakai petang.
Tajuk di atas pun aku dapat dari drama yang ditonton pada hari Jumaat lepas, di Seri Hijauan.
Biasanya bebudak ni jarang menonton drama Melayu, kalau aku, tak CSI, Criminal Mind atau yang seangkatan dengannya. Kalau si Kakak, channel 391 tu tak sudah-sudah. Adik, sesekali turun tengok
Imam Muda. Pasal ada emak ni, dia orang hormat juga...kena bukakkan channel Astro Ria atau Ceria
atau TV3. Kalau kebetulan cerita yang dipertontonkan tu sedap, maka semua akan duduk menghadap.
Jika tidak, memang emak kena layan sensorang.
Terus terang aku katakan, memang kami tak dapat nak melayan dia duduk menghadap TV sambil
berbual-bual kosong sebab masing-masing punya urusan dan jadual. Lagi la kerja ku memang menulis,
maka aku harus duduk bersendirian menghadap komputer riba di waktu lapang. Itu pun nasib baik boleh
dibawak ke sana sini, dekat la sikit dari meja makan ke ruang TV tu kalau emak memanggil mintak itu
dan ini.
Dari situ aku dapat bayangkan betapa kalau arwah ayah masih ada....tentu emak tidak kesunyian.
Tentu emak akan masih sibuk melayan makan minum ayah. Tentu mereka akan sama-sama berbual
sambil menonton TV. Tentu di hari-hari cuti mereka akan menunggu kepulangan anak dan cucu.
Tentu mereka bahagia dapat hidup bersama menghabiskan usia tua dan mengimbau kenangan manis
sepanjang hidup mereka dalam membesarkan anak-anak. Wallahualam.
Junie Octovian: Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Hanya DIA sahaja Yang Maha
Mengetahui.
No comments:
Post a Comment