Minggu ini dan bersempena cuti sekolah, jadual dipenuhi dengan jemputan ke Majlis Perkahwinan. Mana
yang tak ada alamat rumah (maklumlah kami ni sering berpindah randah) mengirim undangan menerusi
sistem pesanan ringkas sahaja. Semenjak dua menjak bertemu kembali menerusi laman fb ni, undangan
dikirim menerusi alamat e-mail sahaja. Walau apa cara yang diguna pakai, aku memang salutelah kerana
mereka masih mengingati aku dan terima kasih kepada teknologi terkini yang membuatkan manusia yang
tidak menyalahguna laman social ini untuk berhubung walau dimana jua aku berada. Alhamdulillah.
Majlis persandingan anak sulongku 'garden wedding' yang kami buat di Central Park, Setia Alam. |
majlis perkahwinan anak lelaki sulongku sendirian. Aku minta bantuan dari sepupuku yang tinggal di
Bukit Indah, Ampang sana sebab nak pinjam suaminya untuk urusan meminang. Sepupuku Hajah Fauziah
dan suaminya Haji Mahzan memang memberikan kerjasama yang baik sekali dengan pertolongan dari
Haji Bakar dan isterinya. Mereka setia bersama ku sehingga ke majlis persandingan yang berlangsung di Mega Hotel Miri, Sarawak. Di kesempatan ini, aku merakamkan rasa ribuan terima kasih kepada
mereka-mereka yang banyak membantu dalam meraikan majlis itu.
Tidak berakhir disitu sahaja, khidmat mereka ku perlukan lagi untuk anak kedua. Kali ini kami di tanah
Anak kedua & isterinya |
Ranggoli, tema untuk majlis persandingan anak kedua |
ke majlis persandingan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Budi baik mereka akan ku kenang
selagi hayat dikandung badan.
Untuk majlis ini pihak kami mengenakan tema 'Ranggoli' iaitu warna-warni dari kain sari. Dah puas
dengan warna sedondon, kami pilih kelainan pula. Alhamdulillah. Majlis berlangsung dengan meriah
sekali. Kerjasama dari semua pihak memang sangat dihargai. Terima kasih daun keladi!
Maka itu, selesailah sudah tugas dan tanggungjawab ku untuk anak lelaki yang dua orang itu. Tinggal
dua orang perempuan lagi. Kalau usiaku tidak sehingga ke saat itu, aku pasti abang-abangnya dapat
melakukan yang terbaik untuk adik mereka walaupun tanpa papa untuk mewalikan majlis mereka nanti.
Yang penting budi baik dari ahli keluarga dan sahabat handai yang membantu selama kami mengadakan
majlis itu dikenang dan dihargai. InsyaAllah, bantuan dari mereka akan terus diterima jika diperlukan lagi.
Junie Octovian: Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua....
No comments:
Post a Comment