June 6, 2011

Family XTVT...

Salam & morning to all.........

Keluargaku yang tak berapa kerat ni rajin je nak beriadah hujung minggu. Tapi mereka ni tak rajin nak berjogging apa bagai yang berkaitan dengannya.


Mereka lebih suka berbasikal.

Kami di lebuhraya Melaka - Muar
semasa masih dalam pembinaan..

Pengalaman berbasikal anak beranak ni memang menyeronokkan. Bila terasa penat kami berhenti...tak
payah nak berlumba berkejar-kejar siapa yang nak sampai dulu. 


Di Setia Impian ni, kami berbasikal secara 'relay'. Maklum la basikalnya ada sebuah sahaja. Yang 
selebihnya ada ditinggalkan di Pondok Indah. 


Tak lama lagi cucuku Hana pun akan sama ikut berbasikal kerana dia dah punya basikal beroda tiga
yang berwarna merah juga.


Hana yang baru pandai berjalan tu terkedek-kedek ke hulu ke hilir dalam rumah. Cuaca yang panas 
tidak mengizinkan kami melakukan xtvt di luar rumah. Kalau nak berbasikal pun kami lakukan di sebelah
malam sahaja. Itupun kalau tidak hujan.

Selain berbasikal, kami suka mengikuti sukan rally.

Rally 2009 di Sepang...
Yang terlibat tu cuma abang sulongnya sahaja, tapi satu rumah nak sama menyibuk.Sukan ni memang 
seronok la...selain melihat kereta yang berbagai rupa. Ia memerlukan minda yang tajam dalam 
menumpukan konsentrasi semasa memandu.


Suatu ketika dulu, mungkin sukan ini hanya bangsa asing sahaja yang mampu mengikutinya. Tapi sejak kebelakangan ini aku dapati bangsa Melayu juga sudah memenuhi quota.


Anak-anak lelaki ku ini memang sudah dipupuk minat mereka sejak kecil apabila si papa tadi sering 
membawa mereka menyaksikan sukan lumba kereta di Penang dan Johor Baharu sebelum kita punya
Litar F1 di Sepang.

Rasanya, hobi dan xtvt sebegini lebih baik dari mereka merempit di jalan-jalanraya secara haram. 
Kalau tak bernasib baik, ditangkap dengan pak polisi tu bagaimana? Kalau lagi yang tidak bernasib 
baik dan menemui kecelakaan semasa merempit tu bagaimana?


Nauzubillah! Janganlah hendaknya ada anak-anak yang terlibat dalam xtvt merempit di jalanraya
secara haram ni lagi. Kami pernah melalui tragedi tersebut, walau aku tak menghadap jenazahnya.
Al-Fatihah untuk allahyarham anakanda Mohd. Rizal Abdullah yang telah lama meninggalkan kami 
ketika menjenguk usia 21 tahun, pada Mac 1998.

Aku sebagai ibu saudara yang mendapat berita itu, sedih bukan kepalang memandangkan arwah 
merupakan anak lelaki tunggal abangku. Pemergiannya yang mendadak di usia muda itu tambah 
menyedihkan aku apatah lagi ibu kandungnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Junie Octovian: Sekarang ni lebih suka bercucuk tanam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...