June 2, 2011

Happy School Holidays....

Salam and Happy School Holidays to all..............

Tapi aku tak ada anak yang tengah bercuti sekolah macam dulu lagi. Dah start cuti pun aku tak perasan.

'Budak dah cuti sekolah?' Emak bertanya lepas aku sampaikan salam dari Latifah.

'Tu la...kalau dia belum kahwin lagi, tentu dah sampai waktu cuti sekolah ni,' aku menerangkan.

'Kalau dekat sana....riuh rendah depan rumah waktu cuti-cuti sekolah ni. Dekat sini sunyi aje?' Emak
berpaling memandang ke arah luar melalui pintu sliding.

'Ada juga budak-budak. Tapi cuti ni dia orang balik kampung agaknya. Jemu duduk di bandar ni, kalau 
di kampung aktivitinya luas sikit.'


'Macam budak-budak sana la...tak sudah-sudah main guli. Kalau senyap-senyap pulak karang dia 
orang pergi menangkap ikan di parit.' 

Emak senyap. Mungkin fikirannya telah melayang pulang kerumahnya di Kluang sana. Tadi sibuk
suruh bukak Astro Prima. Sekarang ni, TV tu yang menonton dia pulak.

Siap berkemas di dalam, aku menyidai pakaian. Sambil-sambil tu aku mengemaskan laman yang
sekangkang kera yang habis semua benda nak ditanam. Kesian pandan tu, tak ada ruang nak melebar
dan memanjangkan daunnya. Beria-ia aku mengangkat pasu besar itu dan dialihkan ke sebelah tepi
luar tingkap bilik bawah.

Mudah-mudahan ia hidup subur sehingga bulan puasa nanti, sebab banyak kegunaannya pada waktu itu.
Pokok limau purut yang dibawak dari Pondok Indah itu pun nampak segar dan mengeluarkan
daun-daun yang hijau dan lebar. Setakat Tomyam masa puasa nanti dan Rendang untuk Hariraya,
memang tak payah nak berbeli.

Zaman anak-anak aku cuti sekolah dulu, memang aku ajak menyangkul. Tanam itu tanam ini. Yang
dah bertanam diubah pulak tempatnya. Dalam empat orang anak-anakku itu, Angah la yang paling
suka bab berkebun ni.

Oleh itu cuma dia seorang sahaja yang tau akan petua bercucuk tanam ni. Kalau dia ingat la....
Apa yang aku perolehi dari arwah ayah, aku perturunkan padanya, kepada yang berminat sahaja.
Seperti, 'kalau nak menanam ni kena awal pagi atau lewat petang,' pesan ayah. 'Lebih baik lagi
kalau lakukan sebelah petang. InsyaAllah nanti pokoknya cepat berbuah.'


Aku memang jenis yang tak bertanya banyak la...ikut aje petua yang diajar tu. Mengapa dan kenapa
semua aku tak pernah tanya.

Di Pondok Indah dulu, semasa kami sibuk mencari bekalan benih anak-anak pisang untuk ditanam,
ayah pesan, 'suruh budak-budak aje heret ke lubang tu. InsyaAllah nanti bila berbuah, akan 
mengeluarkan tandan yang panjang.'


Aku dan suami, ikut aje...kebetulan si Abang dan si Angah masa tu masih kecil dan tengah suka nak mengacau. Suamiku pakaikan mereka dengan topi Cina tanam sayur tu dan menyuruh mereka mengheret
anak-anak pisang ke lubang yang telah digalinya.

Aku yang berdiri macam mandor tak bergaji tu mengarah. 'Cepat! Buat tanda, mana pokok pisang Abang dan yang mana satu pokok pisang Angah.' Saja nak menaikkan semangat mereka berdua beradik. Tapi akhirnya, kami tak sempat melihat dan merasa pun.

Menurut Kak Misah anak atok depan rumah tu, '...pokok pisang engkau Jun, tandannya labuh betul...
puasmakan.' Kemudian dia senyap sekejap. Mungkin terperasan yang dia telah terlepas cakap. Macam
mana dia tau, kalau dia tak sama tumpang menebangnya? Lepas tu, dia senyum malu... 'masa akak 
lalu nak pergi menoreh tu, akak tebang la sepokok...dari habis dimakan monyet kan? Akak tau...
Jun tak kisah punya la.'


Aku sama senyum, nak buat macam mana. Kira ditanggung 'halal' je la.

Kali ni cuti sekolah, bukan anak-anak yang dihantar bercuti. Tapi si Angah yang dah belikan tiket
untuk aku bercuti di tempatnya.

'Ma! Tiket dah confirmed 2 Julai jam 9.00 malam dari LCCT. Air asia tak de turun Brisbane, Angah 
ambil ke Gold Coast. Nanti Angah tunggu kat sana.'


Kakak dan Adik dah panjang muncung... 'mama sorang je?'


'Alah....len kali, korang berdua pulak...' aku memujuk. 'Mama survey tempat dulu, kalau best...
mama belikan tiket suruh korang berdua join, kay? Bukan mama tinggalkan budak kecik...dah 
besar panjang.'


'Abis...besday Adik nanti, mama tak ada la?' 

'Ha ah kan?' Baru aku perasan besday dia coming soon. 'Tak apa la...celebrate dengan Abang Long
dan Kak Nat. Sama aje...'


Junie Octovian: Rasanya bab dengan anak-anak dah selesai, ni bab nak memberitahu adikku si Lela
tentang kenduri arwah yang telah dimaklumkan padaku pada tarikh yang sama pulak. Harap mereka
semua faham...terutama emak. Alahai, ferning!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...