June 22, 2011

Sorry, I've Been Beeeeee....z!

Salam & morning to all..........

First & foremost, let's say thank you to my visitor from Zonguldak, Bolu....for stopping by. Or otherwise,
I may not know there's such a place by that kinda name in the world.

Well...kalau nak bercerita pasal kerja ni memang tak akan pernah habis. Dari celik mata hingga pejam 
balik. Rumah pun dah sunyi semula selepas ketiadaan emak. Kalau tidak lepas solat Subuh, aku tentu 
dah ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuknya. 

'Mementang atok tak ada...tengok la, meja makan pun kosong aje.' Adik komplen semasa turun nak
bersiap ke kelas.

Memang aku dah bagi bersih punya...tak ada teko kopi, tak ada cawan dan piring yang tersedia,
mau pun roti dan kaya. Sekarang ni, siapa nak makan buat sendiri.

Lepas tu, kami bertiga ambil keputusan buat puasa sunat Rejab dan bayarlah mana yang masih 
berbaki tu sempena dah nak menyambut Ramadhan lagi ni.

Masa ada emak lain, terpaksa melayan makan minumnya maka aku terpaksa menyediakan dari
sarapan, makan tengahari, minum petang dan seterusnya makan malam walaupun hidangannya tidak
la special mana pun. Lagi pun feberet emak sekarang ni cuma lauk asam rebus, masak pindang
dan sayur tumis air je, sebab dapat makan laju sikit, katanya.

Untuk berbuka lagi senang, aku bekalkan seorang satu home-made burger dan sebotol air kosong je.
Kalau agak-agak tersangkut dalam traffic-jam tu, boleh je bukak bekal kat situ. Kelas Kakak la 
biasanya yang akan tersangkut dalam traffic-jam tu sebab dia start pukul 7.00 malam. 

Pergh! Bukan setempat aje pulak tu...dari MSU, kami sangkut di Batu Tiga, lepas tu di simpang
tiga ke Subang/USJ. Mak ai! Tika itu macam semua kereta baru keluar dari kilang memasing.

Seksyen 15 di Subang yang menempatkan INTI dan TAYLOR's college tu pun boleh tahan pulak 
payah nak mencari tempat parkir. Itu sebabnya si Kakak ni kena berhantar dan berjemput. Patah balik 
pulak lagi haru...dekat satu jam kami sangkut di laluan simpang tiga yang nak balik ke KESAS. Kalau 
ikut GLENMARIE boleh juga untuk mengelakkan dari traffic-jam itu, namun masalahnya nanti kena 
keluar lagi dari SETIA ALAM tu agak jauh la. Belum panas punggung duduk rumah dah nak kena 
keluar balik.

'Sapa yang bekerja di sini kena banyak bersabar. Kalau puasa tu nak kena siap bekal dalam kereta.' 
Omel emak yang duduk sendirian di tempat duduk bahagian belakang semasa dia mengikutku.

Tu sebab, kita ada tempat lepak di Seri Hijauan, sementara menunggu menjemput kelas Kakak habis
pada jam 9.00 malam. Walaupun terpaksa meredah traffic-jam terakhir di kawasan HICOM/PUCHONG.
Ahhh! Kalau aje TENBY tu ada menyediakan kelas untuk budak-budak kolej ni kan senang?

Junie Octovian: Bz jadi driver sebenarnya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...