Salam to all........
Hari ni nak bercerita pasal tajuk di atas tu. Kalian pengunjung blog ni pilih yang mana?
Ada cerita disebaliknya........
Broadband ni berguna kerana boleh dibawa kemana sahaja. Masa Angah dan Kakak di Uni dulu,
memasing sibuk menggunakan broadband. Senang, boleh online dari bilik hostel je. Kakak tu
bukan ada transport masa belajar, jadi payah la nak keluar ke CC kalau nak cari bahan buat
assignment.
Aku pun tak berapa nak suka dengan idea dia nak tumpang kengkawan keluar masuk dari Unisel ke
Berjuntai Bestari tu. Kalau tak ada, buat cara orang yang tak ada. Kalau yang ditumpang itu kawan
perempuan, kira orait juga la...buatnya kawan lelaki? Payah!
Walaupun dia cakap tak ada apa-apa...boleh percaya ke? Jadi sebelum termakan budi dan bimbang
tergadai body...baik tak payah! Bertudung litup pun tak gunalah kalau dah berkepit dengan lelaki
ke hulu ke hilir kan? Biarlah terpaksa membayar harga broadband tu tiap-tiap bulan asalkan hati aku
senang.
Itu kisah broadband....di bawah ni pulak kisah 'broke-bend' versi Uteh.
Aku dengan Uteh memang rajin la dudok meluahkan segala perasaan memasing yang dah dipekasamkan
dulu sehingga waktu untuk bertemu. Tu yang kalau jumpa hanya macam 'sibu-sibu (dragonfly) basuh
berak', baik tak payah. Tak cukup mulut nak bercakap....
Ketika aku ambil keputusan untuk pulang menetap di Pondok Indah, Uteh merupakan orang yang
paling seronok sekali. Dia siap buat BBQ di laman rumahnya raya ke berapa entah...
Malam tu co-incide dengan malam masyarakat Cina semayang hantu, kalau tak silap. Gila meriah!
Dia bako sana, kita orang bako sini....
Masa tu tak siapa nak komplen ke hapa....
Anak-anak Uteh la yang paling happy dapat main api malam tu sebab ada alasan kan?
Aku dan Uteh berborak, menyelongkar isi perut....
'Lamanya Jude ko ngajo kat sini...tak ada bunyi nak kena tukar mana-mana ke?'
'Eee...tak kosa aku andak. Pekan ni kan best? Barang makan semua masih murah dan kalau berjalan
tu tak payah nak tol sana tol sini.'
'Ye la...' aku mengiyakan kerana memang la kalau di bandar ni bergerak dengan duit sekali.
.''Lagi pun, mana la nak cukup gaji kalau tinggal di bandar tu? Semuanya nak berbayar...broke-bend aku.'
Aku paling 90 darjah memandang Uteh yang selamba kodok masa bercakap tu. Namun, aku faham
maksud dia. Walaupun tak payah bayar tol dan bayar maintenance macam rumah kat bandar ni, dia
kena bayar duit orang jaga anak dan duit bas sekolah. Biasa la kan? Kalau nak berkira sangat, kena
la buat semuanya sendiri.
Anyways...kisah berokband tu masa dekat Pondok Indah la....
Taliannya kejap terang, kejap hilang. Aku blur kejap. Berdiri bercekak pinggang dekat pintu depan
sambil memandang ke atas, melihat cuaca. Elok je...terang benderang. Tapi kenapa line broadband ni
tak de? Kalau masa duduk estate dulu, bolehlah salahkan monyet yang rajin bergayut buat senaman
acrobatic kat kabel tu.
Ni kan pakai broadband? Mana ada guna kabel segala bagai? Pastu bebudak dua beradik tu bila
line hilang aje naik marah. 'Berok arr!'
Entah la... aku redha aje apa yang berlaku pun. Kalau ada line, aku ON. Kalau hari yang
bermasalah tu, aku relaks dulu. Aku cari la xtvt lain... menjahit ke, menyulam ke dan semenjak dua
menjak menulis ni...memang bertapa depan komputer riba tanpa tenet pun okey je.
Oh ye... mak dah balik semalam. Syafiq datang jemput Atoknya lepas balik kerja. Lepas dinner, dia
orang gerak ke Johor. Emak dah tak lalu makan bila seronok nak balik. Aku bekalkan Diintai Rindu
untuk Lela dan Uda sebab mereka tak jumpa cari di Johor sana. Entah la... cari kat kedai jual surat
khabar memang tak jumpa kot?
Aku pesan dengan emak, '...suruh dia baca, jangan buat bungkus nasi lemak pulak. Puas perah otak
nak dijadikan satu buku tu.'
Junie Octovian: Lepas solat Subuh tadi aku cepat-cepat ke bawah. Baru separuh tangga, baru aku
teringat, emak tak ada...dia dah balik.
No comments:
Post a Comment