June 8, 2011

The Growing Ups...

Salam & Morning to all...........

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu. Anak-anak jiran yang senyap seminggu lepas kerana pulang ke
kampung kembali meriuhkan suasana waktu petang dengan bermain bola sepak, bermain badminton
dan berbasikal. Aku nampak bapanya siap pasangkan khemah kerana mungkin tidak mahu mereka
menyepah di dalam rumah.

Aku dan Hana memerhati mereka bermain. Yang bulat-bulat tu memang sah anak jiranku dan lelaki
kesemuanya. Yang kurus-kurus tu barangkali sepupu sepapat mereka.

Teringatlah zaman aku kecik dulu, ada aje rancangan yang akan kami lakukan bersama rakan-rakan
yang tinggal dikejiranan. Lebih kurang macam bebudak ni la juga. Mungkin dia orang ni dah jemu
di dalam rumah dengan bermain game, sebab itu mereka melakukan xtvt di luar pula. Atau kalau
bermain game, paling ramai pun dua orang, yang lelain tu jadi pemerhati. Jadi untuk lebih adil,
mereka memilih untuk bermain di luar, yang xtvtnya melibatkan semua orang.

Dari situ dapat dilihat perbezaannya bila zaman ku dulu ruang untuk kami bermain lebih luas kerana
rumah kami sebuah-sebuah walaupun hanya rumah kampung.

Kini, nampak sahaja rumahnya besar, namun kami tidak ada halaman sendiri. Rumah teres dua
tingkat ini rata-rata lamannya dipenuhi kereta kerana setiap rumah paling minimum pun ada dua buah
kereta. Jadi si bapa tadi terpaksa memarkir dua buah keretanya jauh di selekoh jalan untuk memberi
ruang kepada anak-anaknya bermain.

Bila difikir dan direnungkan, kesian bebudak sekarang ni kan? Dari kecil seawal usia lepas pantang,
mereka sudah dihantar ke Pusat Jagaan seolah sekolah bagi mereka. Kalau si ibu itu seorang guru,
sebelah petang mereka sudah dijemput pulang. Manakala bagi anak-anak yang ibu mereka sama
bekerja sehingga jam 4-5 petang itu...campur tolak dengan kesesakan di jalanraya,
anda bayangkan sendiri berapa jam sangat mereka dapat tinggal di rumah bersama ibu dan
bapa mereka?

Anak-anak aku memang beruntung bila bapa mereka mengarahkan aku untuk meletakkan jawatan
dan menjadi surirumah sepenuh masa. Sepanjang pengalaman menjaga dan membesarkan anak-anak
aku dapat memantau pembesaran mereka, keinginan dan kelebihan yang ada di dalam diri masing-
masing. Aku dapat memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang semampu seadanya pada diriku.
Itu tanggungjawab seorang ibu yang aku sentiasa bisikkan di telinga ku sendiri. Terpulang kepada
anak-anakku mahu mengingati aku yang bagaimana.

Walaupun cucuku sekarang ini ditempatkan di Pusat Jagaan, aku sesekali akan mengambilnya untuk
dibawa pulang ke Setia Impian, sudah tentu dengan kebenaran dari ibu dan bapanya. Memang aku
kesian dia ditinggalkan di situ tapi aku tak dapat nak menjanjikan apa-apa. Cuma aku mahu dia tahu
ada orang yang masih menyayanginya dan bukan sengaja dia dihantar ke situ.

Junie Octovian: Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM tahun
                        ini, harap-harap cuti sekolah ini dipenuhi dengan kerja-kerja mengulangkaji.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...