June 15, 2011

Family Day...

Salam to all.........

Tetiba terasa rindu nak ber 'Family Day' macam dulu. Kira Family Day la tu...
walaupun sebenarnya kami berkumpul beramai-ramai tu kerana 
Majlis Perkahwinan.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan Family Day kami yang bertempat di 
Miri, Sarawak.

Kepala rombongan

Oleh kerana hanya sesekali dapat berkumpul dan tarikh kepulangan juga sama,
maka kami telah menyewa sebuah bas untuk membawa semua ahli
rombongan yang checked-out dari Mega Hotel Miri ke
lapangan terbang.


Di Taman Buaya, Miri


Ngah, di Kedai Kek Lapis

Sempat merakamkan gambar sebagai kenangan

Berhenti menurunkan keluarga yg pulang ke  KK

Kedai Cenderahati dgn nama yg unik & mudah diingat

Anakanda Shamsul yg turut serta

Ternyata mereka sangat gembira, di Luak Esplanade

Pasangan yg diraikan

Menghirup udara laut

Xtvt mencari sejenis siput

Angah, ketika masih solo

OK...off we go...OTW to the airport

Pemandu bas dengan senang hatinya membawa kami mengelilingi bandar Miri dan berhenti
di beberapa tempat untuk kami membeli ole-ole untuk dibawa pulang.
Semasa di Miri, kami diperkenalkan dengan Nasi Lalapan.
Manakala di sini ianya dikenali dengan Nasi Ayam Penyet.


Kami menghabiskan waktu sementara menunggu penerbangan pulang
di Luak Esplanade.
Apa yang boleh dikatakan selain merasa bangga dan bahagia dengan pertemuan
dengan ahli keluarga yang semenjak dua menjak berkeluarga ini, masing-masing tinggal
menetap di lain-lain tempat dan negeri dan ada Laut China Selatan yang memisahkan kami.


InsyaAllah...di lain masa dan dipanjangkan usia, dapat kami bertemu lagi dalam xtvt
yang sebegini. Aaamin!


Kalau tak ada Majlis Perkahwinan ni, memang payah nak berkumpul. Sebahagian yang
tinggal ini pulang pada tarikh dan waktu yang sama ke KLIA & Lapangan Terbang
Sultan Ismail, di Senai Johor.

Akan ada lagikah Family Day sebegini?

Junie Octovian: Ribuan terima kasih kami kepada En Hamim Yusof dan
isteri, Puan Halimah Junaidi kerana meraikan kedatangan kami.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...