June 24, 2011

Siapa punya angkara?

Salam to all..........

Oleh kerana rumah ni tak ramai penghuninya, jadi tiga ekor kucing peliharaanku ini menjadi teman
sejati. Oleh kerana kucing ini dibeli dengan harga yang agak mahal, maka mereka semua dikurung
di dalam rumah.

Rumahku dah macam 'orang kena pekung' kata emak, kerana pintu dan tingkap sentiasa bertutup rapat.
Ini untuk mengelak kucing-kucing ini dari melarikan diri, sepertimana yang berlaku kepada Janet dan
Oprah. Lepas kena tegur dengan emak, kami ambil inisiatif untuk memasang jaring atau mosquito netting. Setelah itu, pintu dan tingkap sudah boleh dibuka dengan jayanya.

Toby, Kaka & Ogy yang sama sibuk menonton
Setelah mereka membesar, jenis maine-coon ini sangat panjang tubuh badannya. Walaupun cuma
dua ekor sahaja....macam ada sepuluh orang kanak-kanak yang berada dalam rumah. Mereka sangat
suka bermain, melompat, memanjat dan berkejaran di dalam rumah.

Little Kaka
Apabila meningkat dewasa, sudah tiba masa untuk mereka mengawan dan mereka akan
terjengah-jengah keluar apabila kedengaran suara kucing-kucing jantan yang memanggil
dengan suara serak dan garau....maka sejak itu mereka dibenarkan untuk keluar mencari teman.

Grown-up Kaka

Kaka ~ the model cat

Tempat lepak Kaka

Mungkin kerana cuaca sekarang ini yang agak panas, Kaka, Ogy dan Uncle Toby sering melepak
di depan rumah, di kawasan yang memang lapang dan apabila petang, akan menjadi tempat penghuni
meletak kereta.

Pada pagi Rabu, lebih kurang jam 11.00 pagi....Kaka pulang dengan mengheret kaki belakangnya.
Kebetulan sahaja ketika itu juga, pekerja-pekerja SP Setia sedang memotong rumput dan serpihan
rumput penuh di badan Kaka.

Aku cepat-cepat capai minyak gamat untuk menyapu ke bahagian yang sakit itu. OMG! Sebelah kanan belakang kakinya patah dan sebelah kiri pula mengelupas kulitnya.

Siapa punya angkara? Tidak ada hati perut ke si pelaku itu? Instinct ku mengatakan ini kerja 'sengaja'.
Biasanya kucing-kucing ku akan melarikan diri apabila ketakutan.

Kini, Kaka sedang berehat dan tidak mahu diberi keistimewaan pun. Kaka hanya mahu bersendirian.
Menurut emak, binatang memang macam tu....dia ada caranya sendiri untuk mengubat diri.
.
Junie Octovian: Kami semua berharap agar Kaka cepat sembuh. Yang bersalah itu biar Allah sahaja  
                        yang menghukumnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...