June 12, 2011

Souvenirs...

Salam to all.........

Entry hari ni saja nak tunjukkan souvenirs yang di beri oleh sedara mara, anak-anak dan sahabat handai
yang bercuti di dalam dan luar negeri.

Terima kasih diucapkan atas ingatan kalian semua. Fridge kat rumah ni dah dipenuhi dengan segala 
bentuk magnet. Tak tahu mana nak ditampal lagi.
Cenderahati dari teman dan anak-anak 

Walaupun ianya tidak sebesar mana, namun ingatan kalian memang sangat bermakna. Memang dah jadi
hobi suka mengumpul segala bagai magnet setiap kali bercuti. Tak kira la walau dalam Malaysia sahaja.
Namun, bagi mereka yang mengetahuinya, tidak secara langsung telah membeli untuk dijadikan sebagai
cenderahati.
Hello Kitty tu dari Jepun


Tak sangka Mat syah Cakoi pun ingat nak belikan semasa dia ke Jepun dulu.
Budak tu pun satu....entah apa nasib dia, tiba-tiba dengar berita dah ke Jepun entah sebelah mana....
lupa lak nak tanya.
Siapa sangka, dulu tu tak berbaju main skateboard dengan Firdaous di Taman Permainan
dekat dengan Sekolah Teknik di Batang Berjuntai sana?
Caya la Syah! Lepas ni boleh ajar mak cik uli cakoi pulak ye?

Kakak Tua dari Gold Coast & Strawberry dari
Cameron Highlands


Menerusi blog ini ingin aku sampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyumbang magnet untuk memenuhi peti ais rumah ku.
Untuk membuktikan aku sangat menghargainya, aku show-off kat blog ni.


Junie Octovian: Nak tempah magnet yang tertulis: junieoctovian.blogspot.com








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...