June 11, 2011

Filem Hindustan...

Salam to all.....

Hai kawan-kawan, lama tak layan blog. Maaf je la.
Hari ni seharian dengan emak melayan Hindustan. Emak yang menekur menghadap TV sensorang tu
memberitahu ada cerita 'Bobby'.

'Oh ye ke? Okey!' Aku menyahut dari dapur kerana sedang menyediakan juadah untuk makan
tengahari. Emak pun tahu aku ni memang berhantu Hindustan. Bukan apa....ceritanya seronok. Kalau
bab sedih tu tangkap leleh gila-gila macam Kabhi Khushi Kabhie Gham.


Yang lawak tu minat pada cerita Hindustan ni bermula semasa lawatan anak sedaraku Iqbal. Dia siap
tanya jika aku ada CD Kuch Kuch Hota Hai.

Antara hero & heroin yang diminati

Aku kelip mata berkali-kali untuk memahami menatang apa yang dicakapkan oleh si Iqbal itu. Kak
Udanya pula menerangkan padaku. Mak ai! Jiwang karat anak sedara sorang ni, hatiku berbisik.

Semasa kami ke Jusco Bukit Rajah, entah tahun bila....aku meragau ke kedai CD, mencari tajuk yang
dimaksudkan. Siap beli CD tu...lawak je.

Balik rumah tak sesempat aku suruh si Kakak pasang. Nak nonton juga apa yang menarik sangat
cerita tu sampai anak sedara yang baru berusia entah berapa tahun Iqbal masa tu, lupa pulak. Tapi
memang dia masih kecil la....minat pulak dengan Hindustan.

Sedih...wa cakap lu. Bergayong air mata keluar, tu tak termasuk air hidung sekali. Sejak itu aku
layan Hindustan...anak-anak siap carikan info kalau ada cerita terkini yang menarik. Tapi bukan main
redah je tau? Tengok hero dan heroin dia juga.

Walaupun filem Hindustan ni dah memang trademark dia mesti ada lagu dan sekali menyanyi tu kena
tukar baju sampai lima enam kali, dari tepi sungai sampai ke kaki gunung dan dari bandar dah ke
jalan keretapi ( itu scene wajib ), aku masih layan.

Ada mesej kekeluargaan sebenarnya. 'Family comes first' ~ itu mesej dalam filem Hum Saath Saath Hain.
Aku paling suka cerita tu.

Sementara aku siap memasak dan menunggu filem itu ditayangkan, aku bukakkan channel 106 sebab bila masuk waktu solat dia ada azan. Memudahkan emak untuk mengerjakan solat....kalau tidak dia
asyik tanya, '...dah masuk waktu ke?'


Mula-mula tu emak terlupa pulak dia berada di Shah Alam. Dah terbiasa di Kluang tempat dia sana,
waktu solatnya lebih awal.

Hari ni aku layan Bobby dengan emak.

Teringat filem tu ditayangkan di panggung semasa aku berada di tingkatan 3. Best friend aku,
si Normah siap buat cover buku poster gambar Rishi Kapoor hero filem Bobby tu sampai
Ustaz Ridzuan yang mengajar kami subject Pengetahuan Agama Islam waktu itu tak focus mengajar.
Sekejap sekejap merenung ke arah buku teks si Normah.

Mungkin ketampanan Rishi Kapoor sama menarik perhatiannya.

Namun yang aku tak tahan nak menonton filem Hindustan di panggung kerana ceritanya yang sangat
panjang yang membuatkan punggungku hampir kematu akibat duduk lelama. Ditambah pula dengan
sejuk penghawa dinginnya.

Gerak tarinya yang memukau

Sekarang ni dah banyak kemudahan, tak payah ke panggung. Kita boleh bukak panggung wayang
di rumah sahaja melalui langganan dengan Astro First. Bayangkan bayar tak berapa sen tu kita
boleh tengok dengan keluarga berkali-kali. Macam tengok Hantu kak Limah Balik Rumah...
mula-mula tu tak berapa nak gelak pun. Aku pulak memang tak tekun, kejap keluar, kejap
ke dalam. Bila tayang lagi aku tonton yang aku missed, pastu gelak sikit. Kemudian tu tak puas
hati, bila dia tayang lagi kami tonton sama-sama. Lepas tu baru gelak tergolek.

Junie Octovian: 'Siapa setuju, angkat tangan macam saya!' ~ Usop Wilcha.

1 comment:

  1. mak andak..kebetulan baru tgk cd kabhi kushi..teringat masa tu iqbal kecik lagi terpengaruh dgn kak udanya yg balik cuti universiti tetiba bawak cd hindustan berbondong-bondong..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...