June 6, 2011

Happy 1st Anniversary...

Anakanda Fairouz & isteri

Salam again....

Hari ni aku isi dua entri sekali ganti semalam yang tidak berkesempatan langsung. Lagipun semalam
kami terima berita sedih. Uda hantar mesej, ibu mentuanya telah kembali ke rahmatullah...tak secara
langsung kami yang lelainnya duduk mengenang kembali arwah semasa hayatnya.

Bersempena sambutan tahunan kuil Hindu di North Hammock Estate ni semalam, rumah kami diterangi
dengan percikan bunga api. Cucuku Hana sama menonton dan ia mengimbau kenangan tahun lepas
semasa kami baru pulang dari menghantar anak kedua ke majlis akad nikahnya yang diadakan di Taman
Megah, Cheras.

Sambutan hebat semalam seolah sama meraikan majlis ulangtahun pertama Angah & Huda. Maka di
kesempatan ini aku nak mengucapkan Happy 1st Anniversary untuk mereka berdua.

Angah & Huda di depan rumah Atok

Di Pejabat Kadi Daerah Kluang
menjadi saksi perikahan
Di hari keberangkatan

Junie Octovian: Semoga jodoh mereka berpanjangan .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...