June 11, 2011

Nak raya kat mana?

Salam to all.........

Huisy! Tajuk entry macam dalam bulan Ramadhan je kan? Tapi tu la...
bila kita ni dok jauh-jauh dari emak ayah, terpaksa la buat plan nak beraya ke mana awal-
awal lagi.

Kami dengan tema pepel

Kakak & Adik dengan sepupu sepapat
Aidilfitri 2010
Kami tanpa tema ~ hantam je la

Planning tu penting kerana memasing nak menempah baju raya. Jadi masa berhubung bertanya tu, 
masuk la sekali bab bertanyakan tema family memasing. Ada yang nak tema hijau, merah dan 
pelbagai la. Bila ada tema ni senang juga kerja kita nak mengenal anak siapa pada siapa. 
Bagus idea tu.

Emak yang mendengar perbualan kami menerusi telefon dari sofa depan tu relaks je. Dia apa ada hal?
Si Adik sibuk nak tema 'pink cair' untuk kami yang tinggal bertiga ni. Entah mana dia nampak kaler 
'pink cair' tu agaknya. Kalau ikut aku, pakai aje la baju yang dah sedia ada. Masa abang-abangnya
kahwin dulu tu, baju yang lip lap lip lap masih elok lagi. Pakai sekali tu aje.

Waktu hari perayaan ni, aku lebih suka pakai yang menyerlah sikit, baru nampak meriah. Tapi kalau
dah pakai meriah-meriah tu nak kena beraya kat rumah emak la. Sebab di sana sedara mara datang 
bertali arus. Suka betul tengok family yang turun kereta tu dengan tema memasing.

Tu belum masuk kuih muih dan juadah raya lagi. Kalau dekat rumah emak sana, pepagi raya ni jiran
dia berbalas-balas juadah. Sama aje...rata-rata orang Johor ni buat ketupat, sayur lodeh, sambal kacang,
rendang ayam/daging dan serunding. Cuma, bezanya...bentuk ketupat yang dianyam itu berlainan.

Alhamdulillah....kami adik beradik semuanya pandai menganyam ketupat. Dulu semasa arwah ayah
masih ada, memasing sibuk belajar dengannya. Ayah pulak jenis yang sabar mengajar, kalau emak...
lepas dua tiga kali masih tak dapat-dapat, mau kena tengking.

Sehingga ke hari ini, walaupun aku tinggal di tengah bandar, untuk menyambut Hariraya ni aku wajibkan
ke pasar untuk mencari daun ketupat. Aku mahu menganyam sendiri, baru ada rasa kepuasan. Semoga
masih ada lagi orang yang mahu menjual daun ketupat di Hariraya akan datang. InsyaAllah.

Junie Octovian: Tema 'pink cair' tu sedang difikirkan.

1 comment:

  1. mak andak tahun ni shasha beraya kat selayang je..dah puas duk kundasang nanti din bising..siap plan nak tema merah tapi hapa pun tak beli lagi..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...