'Duduk sini je Andak..' teringat aku akan kata-kata Uteh semasa hari terakhir aku di Pondok Indah. Uteh yang datang dengan anaknya Liesa dah hujung-hujung hari itu sempat nak bergelak ketawa lagi melihat telatah anak-anak yang berkejaran berebut bola.
'Rasa macam hendak juga...tapi tak kan nak biarkan Adik dan Kakak di sana? Mereka kan perempuan?' Aku beritahu mengingatkan akan keadaan.
'Kan best kalau Andak ada sini? Lagi-lagi masa bulan puasa.' Uteh pula mengingatkan kisah kami berpuasa sama-sama di situ.
Masa tu suamiku di Kuala Ketil, Kedah....suami Uteh pula di Ulu Tiram, Johor. Kami berdua beradik macam ibu tunggal yang melayan kerenah anak pagi dan petang sendiri. Seronok! Anak-anak pun tak banyak songeh. Kalau aku ada hal, Uteh akan tolong menjemput anakku dari sekolah. Kalau dia ada hal pula, anak-anaknya akan tinggal bersamaku di Pondok Indah.
Masing-masing nak menunjukkan bakat semasa menyediakan juadah berbuka. Uteh dengan kepakarannya menggoreng mee. Tapi anak-anaknya hanya gemar makan nasi berlaukan telur sahaja masa itu. Seorang nak telur dadar, seorang nak yang hancur dan seorang lagi pula nak telur mata yang cair kuningnya. Entah apa-apa aje.
Semasa menjelang raya pula, aku menerima banyak tempahan kuih, terutama 'tat nenas'. Uteh jadi tukang promote di sekolahnya. Memang tak menang tangan. Nasib baik di kawasan situ nenas mudah didapati dan harganya pun murah. Sehingga pagi raya pun masih ada lagi yang bertanya. Aku terima aje la...rezeki kan? Bukan payah sangat pun, barang dan bahan semua masih ada.
Anakanda Iwan dan Natasha yang tak balik ke KK masa Hariraya join aku di situ. Tapi masa tu mereka masih belum berkeluarga. Memang meriah! Kami konvoi ke Kluang. Masih ramai keluarga di sebelah sana selain Atok mereka aka Emak aku la. Ada Ayah Long, Mak Ucu Lela, Mak Ngah Faredah dan Mak Andak Jijah. Masa tu Abah dan Mak cik pun rajin singgah semasa dalam perjalanan balik ke Pontian.
Warung Cik Nab...jadi tempat kami dua keluarga 'mengodi'. Mewah! Makan apa saja, semuanya masih murah. Depan warung Mak Mah pulak ada Tauhu Bakar...aaaaaahh! Rindunya!
Kenangan demi kenangan yang mengusik mindaku semasa pulang bercuti ke Pondok Indah membuat aku merubah suasana blog yang sepi dengan lagu dari Anuar Zain- Sedetik Lebih. Muziknya yang mendayu itu membawa aku mengimbau lebih jauh merindui masa-masa lalu bersama orang-orang tersayang.
Realitynya...aku sekarang di Setia Impian. Aku dah bina kehidupan baru bersama dua orang anak perempuanku yang sedang mencari hala tuju. Yang perlukan bimbingan seorang IBU. Aku dah ada seorang cucu, tempat ku berulit semasa rindu, sayangnya mencecah langit biru. Aku menulis untuk mengisi masa lapangku....
Junie Octovian: Semoga pengunjung blog terhibur dengan lagu yang dihidangkan...........
Rindu dulu2 :) Heeee sahur same2.
ReplyDeleteseronok kan? Sampai tak mahu tidur rasanya sebab bercerita tak habis lagi...
ReplyDeletei miss that moment too....seronok dapat raya kat umah andak...lebih lagi dua hero tak mau balik sbb asyik main kat laman yang luas cam padang bola sepak tu..ehehhehehe...rindu ur "tart" also...mee goreng..nyummyyyyy.... ermmmm... wahhh lagu "sedetik lebih"...my broooooo..ehehehheheh
ReplyDelete