Aku lakukan kerja-kerja rumah seperti biasa, namun fikiran ku asyik ke arah mencari misteri. SIAPA? Lepas masak aku naik ke atas untuk solat zohor. Baru mendaki enam mata tangga, aku terpandang plastik roti Gardenia bersepah di situ. Ei? Tak kan anak-anakku malas sangat sampai membuang sampah di mata tangga ni aje? Tapi tadi tak ada kan? Aku kutip plastik itu...aku dah jadi Horatio Caine, membelek plastik bodoh tu macam mencari bukti. Cantik aje dia bukak dan menghabiskan isinya...plastik yang dah kosong itu suka-suka dia buang dekat sini.

Terjengkit-jengkit aku berjalan memeriksa setiap sudut bilik dan rumah itu. Tak ada langsung tanda-tanda ada orang masuk. Aku buka setiap almari dan laci untuk memastikan ada barang-barang yang hilang...tapi hampa. Memang ini satu misteri....
Penceroboh memang orang yang susah dan sedang dalam kelaparan kerana dia hanya mencuri makanan sahaja. Hari ini mungkin dia marah kerana roti sudah tinggal separuh sahaja sebab itu plastiknya dibuang sesuka hati dia. Apa kata kita hidang nasi? Tak pasal-pasal aku turun balik dan menyiapkan hidangan di meja. Manalah tahu umpan ku kali ini mengena? Aku tunggu di sofa ruang Tv bawah yang kedudukannya agak tersembunyi tapi jelas memandang ke arah meja makan.
Suara anak-anak yang baru pulang dari sekolah mengejutkan aku yang sudah terlalai dengan sebelah tangan masih erat memegang 'putter' kesayangan suamiku itu. Aku cepat menyimpan 'putter' itu ke tempatnya. 'Korang makan la...mama nak solat dulu.' Aku beritahu kerana kebetulan aku tak jadi solat tadi dan kebetulan juga aku dah siap menghidang makanan di meja.
Aku turun kembali dan mendapati mereka telah selesai makan dan sedang tekun menonton drama bersiri tengahari itu. Aku pun melabuhkan duduk di kerusi kembar tiga itu. Berhimpit-himpit macam tak ada tempat lain pulak. Tak sengaja....dan mereka pun elok aje mengengsotkan duduk untuk menempatkan aku sama di situ.
Aku yang tak berapa nak tekun menonton itu, kejap menoleh dan kejap lagi menoleh ke arah tangga di mana aku terjumpa dengan plastik kosong Gardenia tadi. Ada la dekat kali ke dua puluh tiga agaknya, mataku tertancap pada objek yang menyerupai tali yang agak besar yang berayun-ayun ke bawah dari mata tangga ke tiga puluh. Di rumah tu ada tiga puluh tiga mata tangga yang sedikit berpusing untuk naik ke atas ala-ala dalam filem Hindustan gitu.
Tali apa pulak tu? Aku baru aje turun...tadi masa lalu tak ada pun? Aku siku anakku di sebelah tanpa bersuara. Adik menoleh dan aku hanya menunjuk ke arah objek yang berayun tadi. Adik pula menyiku si Kakak dan menunjuk ke arah yang sama. Mereka pun macam faham pulak apa sedang aku fikirkan kala itu.

Kus semangat! Aku mengurut dada....sebenarnya takut juga tadi tu...mana la tau tetiba dia terkam ke arah aku? Tapi disebabkan hasrat ingin tahu yang berkobar-kobar sejak semalam itu, hilang segala rasa takut. Nasib baik Che Em...kalau si kepala hitam yang berbekalkan pistol?
Adik dan Kakak yang sedang tekun menonton tadi berdiri sambil ternganga memandang aksi aku di tangga.
Angah buka pintu biliknya dan bertanya, 'Siapa ma?'
'CHE EM' jawabku lega.
No comments:
Post a Comment