Orang yang mengenali aku tahu aku ni sebenarnya memang rajin memasak. Betul!
Tapi lately...sejak bila ye? Rasanya semenjak dua menjak aku tinggal sensorang ni la kot? Masak sikit pun tak habis...nak buat macam mana? Jadi untuk mengelakkan pembaziran, aku pun main beli lauk je la. Kalau setakat nak tambah telur dadar ke, telur mata ke, ikan masin ke...itu buat sendiri la. Mula-mula tu semua pakat setuju, lama sikit ada yang dah berbunyi.
'Mama sekarang ni dah malas nak masak eh?' si Adik yang mulut memang belum diinsuranskan itu bertanya entah perli entah direct pun tak tahu.
Aku yang sedang tekun membuang tulang ikan terubuk masin yang diberi oleh besanku itu mengerling. Cis! Bedebah punya budak. Kan ke dah cakap dengan dia, beli tu lebih jimat dari memasak sendiri kalau orang tak ramai ni. Lagi pun malam aje baru dia dua beradik tu ada. 'Kenapa?' Aku tanya juga la nak tahu kenapa dan mengapa tu.
'Jemu la asyik lauk ni aje.'
Kebetulan aku ke kedai makan yang sama dan dia pun suka sangat la dengan paru goreng. Tak kisah la..goreng kering ke bercili ke. Nak buat sendiri pun seksa juga tu. Setakat dia sorang beli dua hengget aje dah tinggal makan. Tapi silap aku juga la..mementang orang tu suka makan paru, asyik dibelikan lauk itu aje.
'Nanti hujung-hujung minggu mama masak la.' Aku beritahu dia. Hujung-hujung minggu tu bermakna dia dan kakaknya ada sama di rumah. Kakak pulak tak banyak songeh asal ada ayam. Perempuan sorang tu memang tak pandai jemu makan ayam.
Terngiang-ngiang di telinga dengan pernyataan si Adik siang tadi. Aku ni dah malas ke? Aku tanya diriku sendiri. Apa yang menyebabkan aku jadi begini? Padahal dulu aku tak kering kuku menunggu dapur. Lepas makan tengahari dah ada menu untuk minum petang. Sambil minum petang dah mula menjengah apa yang perlu ditambah untuk makan malam. Setakat kuih muih ni memang tak payah berbeli la. Buat sendiri tu lebih sedap lagi...kata anak-anak aku la. Oleh yang demikian itu aku cuba mengkaji mengapa dan kenapa?
Yang pertama...sebab dulu aku masih muda, anak masih kecil-kecil dan kami tinggal di dalam kawasan ladang. Berbatu jauhnya tu kalau setakat nak keluar makan. Mau patah balik belum sampai rumah dah lapar lagi. Keduanya pulak, bukan aku keluar ke pasar pun...ada pasar bergerak. Ada sebuah van yang mengangkut segala bagai sayuran dan ikan datang sampai ke pintu dapur. Manakala di rumah pula, aku ada pembantu. Jadi...dia akan sediakan semua bahannya dan aku ambil bahagian memasaknya sahaja.
Bandingkan dengan sekarang ini...semuanya harus aku lakukan sendiri. Dari ke pasar sampai dijadikan juadah, semuanya tulang empat kerat ini yang nak buat? Yang makannya cuma tiga mulut sahaja. Memang tak berbaloi rasanya. Mungkin kalau ada pasar bergerak yang sampai ke pintu belakang rumah ku...insyaAllah... aku rajin juga kot?
Junie Octovian: Nantilah...akan ku fikirkan untuk mengatasi masalah ini.
No comments:
Post a Comment