Di Pondok Indah ni, paginya sejuk sampai ke tulang hitam. Nak menggosok gigi pun segan. Macam berkomor dengan air yang berais rasanya. Kena pulak geraham bongsu bawah kanan ni dah mula berlaku gegaran...pergh! Macam terkena panahan petir.
Petang semalam sempat Kakak dan Adik bermain basketball sebelum menjelang senja. Cuaca pun tika itu dah okey sikit selepas berlakunya hujan renyai. Riuh rendah suara mereka yang bermain berdua sahaja itu...belum betul-betul ada team. Bayangkan kalau satu team?
Dah penat melenting dan melompat, si Kakak masuk mengambil DELL. Dibawanya ke laman. ‘Dik! Kita practice tarian pulak?’
Lagu Salome dari Chayanne terdengar ke udara...mereka berdua beradik yang mengikuti kelas tarian bersama TJ Bayu di Extreme Fitness menari mengikut rentak. Sekata...memang cantik walaupun berdua sahaja kerana mungkin bentuk badan yang sama besar itu.
Aku jadi pemerhati...biarlah! Dalam hutan ni bukan ada sesiapa yang nak menonton. Syok sendiri aje la... ala-ala senamrobik di Dataran Merdeka gitu.
Memang seronok la...memang betul-betul bercuti namanya ni. Nak keluar ke pekan berdekatan pun kami tak ada transport kerana datang hari tu bersama Angah. Nasib baik stok makanan semua ada. Aktiviti aku berkisar dalam rumah sahaja...mengemas mana yang perlu, membuang mana yang patut. Menghadap computer riba dengan satu mug Nescafe panas selepas itu sambil sesekali mata mengerling ke arah TV di ruang makan menunggu berita tentang gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun lima hari lalu.
Apa dibuat oleh si Kaka, Ogy dan Toby di Setia Impian tu sekarang? Kalau boleh call tanya kan bagus?
Bayangkan.....
Kring! Kring! Kring! Kring!
Kaka berlari ke meja telefon. Dengan menyandarkan sedikit badannya yang panjang itu dia mengangkat telefon. ‘Hello..’
‘Kaka...its momma..’
‘Kaka...its momma..’
‘Yes momma...how is your holidays?’
‘We’re doing good as well...but I’m afraid Ogy is going to give birth soon.’ Beritahu Kaka sambil sebelah tangan menggoyang-goyangkan ekornya yang panjang.
‘Don’t worry...uncle Toby is there to help. He’s experienced enough in handling such cases.’
‘Okay then...take your time and enjoy.’ Ujar Kaka lagi dan kali ini dia mencungkil gigi dengan kuku panjangnya yang dikeluarkan menyerupai mata kail. Mungkin terselit dengan biskut perisa Mackerel jenama Smartheart itu.
‘Yeah..thanks. By the way...make sure the house is well-kept until I get back.’
‘Yes momma...do not worry. We are your good Maine Coons.’ Beritahu Kaka lagi sambil mengangkat kening double-jerk ke arah yang dua ekor lagi.
Good Maine Coon eh? Aku ada pun rumah macam kena ribut...inikan pulak aku tak ada beberapa hari. Entah apa pulak yang terbalik dan pecah berderai agaknya. Isy! Aku goyang kepala beberapa kali memikirkan Kaka, Ogy dan Toby yang ku tinggalkan....
Junie Octovian: Bayangkan siri kartun Tom and Jerry...
hahahahhhahah..... bagus la kaka leh jawab fon...nanti suoh ucu ajar si jebat lak..senang nak tinggal2 kan dia..hahahahahhaah
ReplyDelete