Assalamualaikum.....
Berjumpa kembali setelah beberapa hari tidak memunculkan diri di laman fb maupun di blog ini. Penulis mengalami masalah dengan talian internetnya yang punya la slow....tahap kura-kura melintas jalanraya. Tapi kita harus bersyukur walau lembab bagaimana pun kita masih mampu merasa akan kemajuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyatnya. Maka untuk mengelakkan dari timbul rasa marah itu, penulis aka aku lebih rela tidak langsung melayarinya.
Tapi sebenarnya aku masih ada sama di sini menulis untuk menyiapkan novel ketiga yang agak payah nak dapatkan endingnya. Pembaca mahukan happy ending...aku pulak nak buat ending ala-ala filem 'Love Story' zaman dulu lakunan Ryan O'Neal dengan Ali Mc Graw yang sedih bagai nak rak. Meleleh-leleh air mata tak ingat orang kiri kanan masa menonton di pawagam entah tahun bila. Tapi masa remaja dulu la......
Nak selitkan konfliknya pun aku nak kena ubah beberapa kali untuk watak yang aku cipta itu. Tak sampai hati pulak nak jadikan dia orang jahat. Adoyai! Kena pulak kali ni watak itu dipegang oleh seorang perempuan. Maka aku sekejap berhijrah ke Portsmouth UK bersama watak itu membawa diri. Huisy....jauh aku berjalan....
Itu cuma otak aku yang berjalan jauh sampai ke Portsmouth sebenarnya....
Tapi anak-anak aku memang akan berjalan jauh meninggalkan aku sendirian...ye la memasing dah besar ada kerjaya sendiri. Kerjaya mereka itu la yang menuntut mereka untuk meninggalkan aku. Namun aku sebagai ibu yang berjaya mendidik mereka sendirian itu amat berbesar hati dan merasa sangat bangga dengan kejayaan yang mereka perolehi. Cuma aku doakan agar mereka tidak lupa diri...bak kata pepatah ~ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ~ maka itu 'lu pikir la sendiri'.
Yang sulung cakap dia akan ke US...entah belah mana, California ke hapa. Memang semenjak dua menjak ni dia asyik berjalan jauh aje. Hari tu baru lepas balik dari Gold Coast.
Yang tengah dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Ph.Dnya di Queensland University, di Brisbane, Australia. Dia ni lama sikit kot? Mau makan tiga empat tahun. Tapi alhamdulillah...dia ada isteri untuk mengurus makan pakainya.
Ni yang bongsu pun sibuk-sibuk nak ke Australia juga. Menurutnya, dia dan rombongan FLW akan melawat High Court di Victoria. Macam dekat sini tak ada High Court pulak kan? Hari tu baru lepas melawat Native Court di Kuching, Sarawak. Isy! Nak merayap aje budak-bidak ni?
Tinggal yang nombor tiga ni...muncung dah panjang sedepa sebab dia tak ke mana-mana. Ala...belum rezeki nak buat macam mana? Nanti KFC hantar la dia ikut Team Challenge ke Hong Kong ke, Philippine ke...
Kalau tidak pergi aje la jalan-jalan ke Korea tu...dia kan memang berhantu dengan Korea ni?
Aku pulak...memang tak rasa cemburu walau sekelumit pun. Pergi la siapa yang suka nak pergi...yang penat tu kan dia? Aku dengar cerita aje dah kenyang dan dah puas hati. Lagi-lagi dah berusia begini...aku lebih suka menyendiri bersunyi-sunyi. Kalau diintai rindu, aku cari la mereka yang ku perlu. Kalau jumpa dengan cucuku Hana pun dah bahagia rasanya. Si kecik tu pun tak padan...dia pun baru aje balik dari Miri menziarah keluarga belah mommynya. Lepas ni dengar khabar nak ke Kuching pulak ada wedding di sana. Hana akan menjenguk usia setahun tidak beberapa hari lagi. Kejap sungguh masa berlalu.
Yang pergi dah jauh meninggalkan segala masam manis kenangan semasa masih ada. Yang belajar akan terus mengejar untuk menimba ilmu memenuhi dada walau sampai ke Negeri China. Yang hidup harus meneruskan hidup yang bersisa dengan cara mereka. Aku masih di sini memantau pembangunan dunia menerusi kemudahan yang ada. Alhamdulillah...masih sempat merasa. Anak-anak masih dapat dihubungi di mana jua mereka berada.
Junie Octovian: Bangga menjadi rakyat Malaysia yang masih aman dan sejahtera. Amin.
wahhhh..best nya semua berjalan....itam@shah pun now kat singapore....ada kerja... jom la kita gi makan angin plak..tinggalkan dorang lak heehheheheh- BELLE-
ReplyDeleteye la Belle...lepas ni jom kita pulak pakat-pakat pergi makan angin. Asyik tunggu rumah aje kan?
ReplyDelete