Assalamualaikum...
Minggu ini aku mengikut Angah pulang ke Pondok Indah. Dia yang kebetulan bertugas di kawasan selatan tanahair dengan sukarela menawarkan diri untuk tinggal di situ...walaupun terpaksa keluar rumah pada jam 7.00 pagi dan sampai ke rumah jam 7.00 malam. Kalau diikutkan masa...memang dia tidak berkesempatan untuk mengurus Pondok Indah yang agak luas itu, namun pada hujung-hujung minggu dia terpaksa pula mengorbankan masa rehatnya untuk membersihkan kawasan keliling yang cepat ditumbuhi lalang jika masuk musim hujan.
Alhamdulillah...bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana menempatkan salah seorang dari anak-anakku di sini untuk meneruskan usaha aku dan suami selama hayat kami.
Hampir setahun sudah Angah tinggal di Pondok Indah bila tiba-tiba dia menerima tawaran untuk melanjutkan pengajiannya ke Australia. Itu memang menjadi keinginannya sejak dahulu. Dia pernah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian ijazahnya di Sydney, Australia pada suatu ketika dulu. Ketika itu aku masih ingat lagi kami sedang dalam urusan berpindah dari Batang Berjuntai di Selangor ke Merlimau di Melaka. Tepat pada hari tsunami melanda Banda Acheh pada tarikh 26 Disember 2004.
Pondok Indah selepas 28 tahun |
‘Kalau dah tertulis seseorang itu akan keluar negeri, tidak sekarang, entah bila-bila pun dia akan sampai juga.’ Beritahu ku padanya memujuk.
Mujur dia anak yang kuat iman dan punya pendirian. Maka tawaran berikutnya diterima sahaja.
Sebagai kebenaran kepada kata-kataku...dalam tahun kedua pengajiannya, suamiku kembali ke rahmatullah. Dia sebagai anak lelaki berkesempatan menguruskan jenazah bapanya kerana berada dalam negeri sahaja. Amin.
Kini...tawaran itu datang lagi ketika Angah sudah berjaya dalam hidupnya. InsyaAllah kali ini tiada halangan lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, Angah mencadangkan agar kawasan keliling yang berdekatan dengan rumah itu disimen terus supaya mudah dijaga. Setelah mendapat persetujuan dari adik beradik yang lain, cadangannya itu pun diteruskan.
Aku kembali ke Pondok Indah pada hari ini untuk melihat hasil usahanya pula. Kawasan bersimen itu tidak hanya dibiarkan lapang begitu sahaja, malah Angah telah menjadikan ia sebuah gelanggang tempat bermain bola keranjang dan badminton sekaligus. Tak payah nak bersusah payah ke taman untuk beriadah...bila-bila masa sahaja boleh digunakan. Terpulang kepada individu itu sendiri berapa besar huruf ‘M’nya.
Junie Octovian: Semoga Angah berjaya dalam mengejar apa yang dicitanya dan tidak secara langsung membawa nama arwah bapanya sama. Aku percaya arwah bapanya akan tersenyum bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Amin.
No comments:
Post a Comment